Friday, December 20, 2013

Australia: Singgah Makan Di Kedai Monggolia

Ini salah satu kedai yang kami pernah singgah makan di Adelaide. Kedai makan yang diusahakan oleh orang Monngolia. Saja nak cuba citarasa baru. 




Ini antara menu yang ditawarkan di sini. Ada pelbagai jenis mee dan juga yang bakar-bakar (ayam, lembu dan kambing bakar)



Mat Salleh Australia pun ada yang datang makan di sini.



Semua sibuk nak cuba guna chopstik makan. Ini antara menu yang kami pesan. Nak cerita tentang makanan yang ada di sini pun saya tak berapa pandai. Ada stew daging dan juga mee.


Ini hidangan mee yang tak pedas untuk anak-anak makan.


Ayam yang dibakar.


Ini saya suka. Daging yang di masak dengan kicap dan lada hitam. Di bawahnya ada mee yang macam kueh teow.


Haziq yang tak tahan pedas pun gigih makan juga.


Hana Alesya banyak makan ayam.


Oh, macam anak dara makan tertunduk-tunduk.


Ini antara pengalaman menarik saya di Australia. Dapat mencuba makanan baru, sedap pula tu. Eh, saya ni apa yang tak sedap? Semua pun sedap!

1 comment: