Friday, January 18, 2013

Buku Adalah Obsesiku

Saya memang gila membaca. Majalah, novel, buku berkaitan kekeluargaan, motivasi atau apa saja memang saya suka. Sekarang ini memandangkan anak-anak sudah besar, obsesi saya terhadap breastfeeding dan babywearing semakin berkurang.

Baru-baru ini saja saya obses membeli barangan make-up. Nasib baiklah sudah berkurangan. Dan obsesi saya terhadap buku dari dulu sehingga sekarang masih lagi menyala-nyala. Ditambah dengan jualan murah akhir tahun, saya asyik membeli buku sampaikan ada yang masih belum saya baca.

Kalau novel saya tidak ada penulis tetap yang saya minat. Asalkan jalan ceritanya menarik cukup bagi saya. Sekarang saya sudah jemu membaca novel sebab jalan cerita lebih kurang sama, kahwin paksa! Bosan! 

Abdul Jalil Ali antara penulis yang saya suka. Corak penulisannya santai dan kadang-kadang boleh buat saya ketawa sendiri. Sedih pun ada juga! Setakat ini beliau sudah mengeluarkan 5 buah buku. 4 sudah berada dalam koleksi saya. Cuma satu saja yang belum, Dari Menara KL. 


Saya akan cuba cari dulu di mana-mana kedai buku. Kalau tak ada, beli online jawabnya. Ini cover buku Dari Menara KL.



Prof. Muhd. Kamil Ibrahim, penulis yang berjaya menyentuh hati saya. Buku beliau yang saya mula membaca adalah Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman. Memang menyentuh perasaan. Ini adalah koleksi buku hasil penulisan beliau. Rasanya semua sudah cukup dalam koleksi saya. Cuma buku Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok tiada dalam gambar sebab dipinjam orang.



Dan saya turut terpanggil membeli hasil karya Raudzah/Roza Roslan isteri kepada Prof. Muhd. Kamil Ibrahim. Jangan marah, ke empat-empat buku di bawah belum satu pun sempat saya baca. Insyallah, sedang mencari kelapangan.


Buku Bukan Sekadar Resepi saja belum saya dapat. Masih lagi mencari.


Memandangkan Huzein bakal mendapat baucar buku 1Malaysia, saya harap dapat mengendeng sikit bagi membeli buku-buku untuk saya. Boleh ye?

Thursday, January 17, 2013

Peplum Bukan Untukku!

Ketika hati gigih nak mencuba baju Peplum, saya telah pergi ke RS Boutique di Tesco Seberang Jaya untuk mencuba. Kain memang best sebab tak strech macam lycra. Malangnya tinggal saiz 42 dan 44 sahaja. Tak dapatlah saya membeli sebab besar.


Kemudian hadiah satu set baju Peplum bersama skirt pun sampai. Belum pakai lagi sudah agak baju ni mesti melekap di badan. Bila dicuba, sah! Terus tak jadi nak simpan dan terus jual pada kawan. Bajunya cantik.


Siap diberi tali untuk ikat di pinggang kalau mahu.


Skirt pun cantik.


Rasanya Peplum bukan untuk saya. Huzein pun tak berapa berkenan saya pakai Peplum. Biarlah orang kata saya tidak mengikuti perkembangan fesyen semasa. Tak kisahlah!

Tuesday, January 15, 2013

AnnaRozy Homemade Kids Couture 1st Birthday Giveaway!

Giveaway hebat! Hadiah pun memikat!
Nak menang Designer cotton? Pie and quiche maker? Slimming Bamboo Suit? Islamic Puzzle? Pendek kata hadiah semua buat air liur meleleh. Semua pun best!



Comel tak gambar Hana Alesya yang digunakan sebagai model kedai?

Puncak Mutiara Cafe

Ini merupakan kunjungan kali ketiga saya ke Puncak Mutiara Cafe yang terletak di Kampung Pelet, Bukit Mertajam. Kami keluar rumah sebelum Maghrib, sampai saja sudah masuk waktu. Jadi singgah sekejap di masjid berhadapan dengan Kampung Pelet untuk solat Maghrib.


Puncak Mutiara Cafe sangat popular dengan hidangan kambing. Tempatnya sangat luas dan selesa juga. Ini pintu masuk ke dalam Puncak Mutiara Cafe. Haziq bergaya ala-ala ahli bina badan :D


Wah, bukan main lagi. Sekarang sudah ada swimming pool. Dah malam-malam ni malas nak menjenguk di mana swimming poolnya. Lagipun perut dah lapar.


Kawasan sekitar Puncak Mutiara Cafe. Kalau ke sini, boleh pilih tempat duduk sama ada berhawa dingin, duduk di lantai, di puncak tinggi. Pendek kata semua pun boleh. Hidangan yang ada di sini pun pelbagai. Dari kambing, ayam, daging, ikan, arnab pun ada.









Kami pilih duduk makan di dalam pondok sambil bersila.



Sambil-sambil tu anak-anak melihat kucing yang kebetulan memang tinggal di sekitar kawasan Puncak Mutiara Cafe.


Selepas mengambil pesanan kami diberikan kad seperti ini. Kad ini akan diberi semasa membuat bayaran.


Ok, makan time. Cepat juga hidangan sampai. Ini Lamb Chop.


Ini Huzein punya. Nama tak ingat, tapi kambing.


Chicken Wing.


Haziq merasmikan Chicken Chopnya. Sebelah kanan adalah Fish & Chips.


Tu dia, meriah betul makanan.


Selesai makan, bayaran dibuat di kaunter bayaran. Jangan lupa bawa kad berwarna merah tadi. 


Lepas tu boleh jalan-jalan di sekitar Puncak Mutiara Cafe. Biasanya anak-anak suka melihat ikan di kolam.



Ibu, tengok tu! Tengok apa, cuba teka?


Inilah yang Haziq tunjuk. Dia minta saya belikan makanan ikan yang berharga RM1.00. Makanan ikan boleh dibeli di kaunter bayaran.


Lepas tu berebut-rebutlah bagi ikan makan. Ikan pun berebut-rebutlah makan.... :D



Ibu dan anak sedondon. Boleh tempah di AnnaRozy Homemade Kids Couture.


"Mak, Merah datang mak.... " Berlakon ala-ala Bawang Merah :D


Sebelum berangkat pulang, bergambar dulu di depan pintu masuk.


Oh, Ibu dan anak sama-sama tak senonoh :P


Nasib baik kami datang awal. Sebab orang pun semakin ramai. Nanti makanan mesti sampai lambat.


Sebelum masuk kereta sempat lagi berposing.



Dah, sudah! Jom balik!

Monday, January 14, 2013

Pon! Pon! Posmen Datang!

Salam ceria hari Isnin!

Alhamdulillah, nak berkongsi sedikit hadiah yang diterima sepanjang minggu lepas.

Cekak rambut buat Hana Alesya dari Facebook Mekar Candella. Ingatkan dapat satu saja, rupanya 3 item dia beri.



Ini pula buku dari Facebook PTS untuk Kuiz Majukan Diri 2013. Dapat senaskah buku Kuasa Kepimpinan 4E. Belum berkesempatan lagi nak baca. Ada banyak buku dalam koleksi belum sempat baca.




 Dalam buku diselitkan juga 2 penanda buku. Comel!


Beg dari Sofy. Entah dari mana, tiba-tiba saja sampai ke rumah :D


Set peplum bersama skirt. Comel bajunya tapi saya pakai tak comel pun. Nampak plum aja.




Handbag dari blog http://gostansikit.blogspot.com/. Lawakan handbag Sacha ni.


Last sekali penanda buku dari HPL Hotels & Resorts. Tapi hadiahnya belum sampai lagi.


Ok, itu saja!