Thursday, February 28, 2013

Pilihlah Daku

Saya dengan gigihnya telah memasuki peraduan anjuran Tracia Eternal, To Venice With Love. Berangan nak pergi Vanice tu! 

Tetapi (Oh! ada tetapinya pula :( ) peraduan ini memerlukan undian yang mewakili 25% untuk pengadilan. Jadi saya dengan rendah diri memohon kawan-kawan semua mengundi saya.

Undian boleh dibuat setiap hari. Jadi, undilah saya tiap-tiap hari. Ok, kebaikan anda akan dibalas. 8 orang pengundi bertuah akan mendapat hadiah daripada Tracia. Bestkan? 


Untuk mengundi, SILA KLIK DI SINI. Tengok gambar saya yang comel itu, klik saja like ok. Tak susah pun. Undi sekali sehari. Mana tahu anda adalah pengundi bertuah yang bakal memenangi hadiah daripada Tracia.


Undi tau. Undi gambar saya yang comel ini. Terima kasih!

Demam Haley Thepoplook

Orang sekarang sibuk nak pakai baju peplum. Tapi peplum memang tak sesuai dengan saya. Rasanya kegilaan terbaru saya adalah Haley dari Thepoplook.com.

Masa 1st batch keluar memang saya dah berkenan sangat tapi tak sempat nak beli. Semuanya telah dirembat orang. Baju cantik siapa tidak suka? Bila Thepooplook announce 2nd batch akan keluar saya memang bersiap sedia tunggu depan PC. Koleksi 2nd batch, warna-warnanya sama dengan 1st batch.  Jam 10.55 pagi asyik refresh saja website Thepoplook. Tapi beli 1 sahaja, warna Navy. Sudah pun sampai ke tangan saya. Wah, memang selesa dipakai!




Hari ni keluar 3rd batch. Ada 5 warna baru yang lagi mengiurkan. Kali ini saya beli warna merah dan hijau. Serius memang suspen membeli Haley ni, takut habis. Dengan Maybank yang slow lagi. Alhamdulillah dapat juga 2 helai itu untuk saya.


Dalam masa 10 minit saja, semuanya habis licin! Ini memang demam betul ni.



Kalau tak dapat beli jangan nangis ye. Nanti Thepoplook akan restock balik dalam masa yang terdekat. Masa tu silalah bersiap sedia. Good luck!

Thursday, February 21, 2013

Sampel Percuma Untukmu

Saya suka ambil sampel percuma sesuatu produk untuk dicuba. Kadang-kadang teringin nak beli tapi tak tahu produk itu sesuai atau tidak dengan kita. Jadi, kalau dapat sampel, boleh cuba dulu. Kalau sesuai barulah beli.

Saya nak kongsi beberapa sampel produk yang boleh anda cuba. Free sajakan. Sampel pun dihantar terus ke rumah. Jomlah.

Minyak wangi dari Enchanteur untuk 10,000 orang pertama. Jawab kuiz dan boleh dapat sampel. KLIK DI SINI.


Register sebagai VIP Club Lactacyd dan boleh dapat sampel Lactacyd percuma. Ada peraduan juga di sana. KLIK DI SINI.


Untuk mendapatkan Essence daripada Laneige KLIK DI SINI.


CC Cream dari Rachel K Malaysia. Sila KLIK DI SINI.


Untuk 500 orang pertama yang register boleh dapat Vaseline Healthy White percuma. KLIK DI SINI.


KLIK DI SINI untuk mendapatkan losyen dari Hada Labo.


Ok, itu saja. Jangan lupa redeem dan cuba produk-produk ini. Bestkan, sebab semuanya percuma!

Yayaz Big Day

Acara kenduri-kendara saya memang suka. Sebabnya dapat berjumpa sanak-saudara yang kadang-kadang Hari Raya baru dapat berjumpa. Kali ini kenduri sepupu Huzein, Yayaz. Kenduri diadakan di Manjoi, Perak.

Sebelum bertolak ke rumah pengantin, kami berkumpul di Masjid Negeri Ipoh. Dapatlah bertanya khabar dahulu dengan mak/bapa saudara dan juga sepupu yang lain. 


Anak-anak seperti biasa, riang-ria tak mengira masa.



Berkunjung ke rumah pengantin, orang lain sibuk tolong mengangkat hantaran, saya sibuk mengendong anak.


Meriahkan hantaran?


Acara dimulakan dengan majlis pertunangan. Ini semasa majlis berlansung. Saya dan anak-anak tunggu di luar. Kalau tidak haru-biru.


Pengantin perempuan. Comel dan gebu kulitnya.


Habis acara baru saya lepas anak-anak masuk ke dalam rumah. Ternganga mulut tengok hantaran, maklumlah macam-macam ada. Sambil-sambil tu tengok orang ramai yang sibuk bergambar dengan pengantin.



Hana Alesya pun sibuk nak bergambar dengan pengantin dekat pelamin. Jadi, dia main redah saja duduk atas riba siapa pun tak tahulah. Yang tak boleh tahan, siap buat 'peace' lagi. 



Keluar dari rumah, minta Uwais pasangkan kasut. Bukan main lagi.



Makan time. Ini geng kelab huru-hara sedang makan pulut kuning. 


Habis makan main game pula.


Kemudian, kami semua berjalan kaki ke masjid berhampiran rumah pengantin. Acara akad nikah akan diadakan di masjid.


Menempek dekat Atuk.



Alhamdulillah, acara berjalan seringkas mungkin. Selamatlah Yayaz menjadi suami orang. Tengok muka macam budak-budak lagi.




Masa akad nikah dijalankan, saya bawa anak-anak keluar. Tujuannya tak mahu anak-anak bising di dalam masjid semasa acara dijalankan.



Hana Alesya peluk geram!


Habis majlis kami berjalan kaki pulang ke rumah pengantin semula.


Tajuk gambar di bawah adalah, saya seorang ibu :D
Layan anak-anak makan dan minum.

 


Tajuk gambar di bawah, saya seorang abah. Relaks je.....


Berkesempatan bergambar beramai-ramai. Teringat kenangan di rumah Opah di kampung. Rasa macam lama sangat tak ke sana. Ini nasib ada kenduri, kalau tidak memang susah nak berkumpul.


Tahniah Yayaz! Semoga menjadi suami yang baik.

Wednesday, February 20, 2013

My Wonderbox

Saya tertanya-tanya apakah itu Wonderbox? Saya terjumpa dengan website Wonderbox semasa google berkenaan bedak Ronasutra. Menariknya di dalam kotak Wonderbox ada pelbagai barangan kecantikan mengikut produk yang telah ditetapkan setiap bulan. Pelanggan boleh melanggan Wonderbox dengan harga serendah RM39.90 untuk sebulan dan Wonderbox akan dihantar terus ke rumah anda.

Hmm.... sebenarnya saya pun masih lagi belum arif berkenaan Wonderbox. Untuk maklumat lanjut boleh kunjungi laman web Wonderbox atau register di SINI.

Dalam sibuk menggoogle, ada peraduan di Facebook Wonderbox Malaysia. Saya mencuba nasib dan ada juga rezeki saya di situ. Seronok sangat sebab dapat tengok apa yang ada di dalam kotak Wonderbox tanpa perlu membeli.




Inilah Wonderbox saya! Dibungkus cantik di dalam kotak, siap ada reben lagi.


Maklumat produk juga disertakan. Ada juga baucar diskaun. Wow!


Paling seronok tengok pelbagai produk kecantikan di dalamnya. Bedak Ronasutra idaman saya juga ada. Tak perlu beli lagi. Anda boleh dapat semua ini dengan harga hanya RM39.90. Murah bukan?


Setiap bulan produk di dalam kotak akan ditukar. Senarai produk ada dinyatakan di dalam website Wonderbox. Silalah berkunjung ke sana dan dapatkan Wonderbox anda.

Happy Birthday Hadif Syahmi!

Hari ini merupakan ulangtahun ke 5 Hadif Syahmi. Happy Birthday Hadif! Sungguh bersemangat bangun pagi tadi dan mandi awal untuk ke sekolah. Kalau hari-hari macam tu kan bagus.

Pagi ini saya bekalkan Haziq dengan kek dan juga jajan untuk dikongsi bersama dengan kawan-kawan di sekolah. Bagi dia celebrate birthday dengan kawan-kawan sekolahnya dulu.

Insyallah, weekend ini kami akan celebrate sekeluarga. Saya sudah tempah kek istimewa untuk Hadif Syahmi. Kek yang dia bawa ke sekolah ini dibeli oleh Huzein.


Ini dia muka budak yang sangat happy nak celebrate birthday.


Haziq tumpang sekaki bergambar. Hana Alesya masih lagi tidur.


Happy Birthday Hadif Syahmi!. Semoga jadi anak yang soleh dan sentiasa mendoakan abah dan ibu.

Tuesday, February 19, 2013

Hadiah

Dasar pemalas punya tuan blog. Pemalas nak update blog. Kadang-kadang rasa macam banyak nak cerita. Kadang-kadang rasa macam tak ada benda pun. Tapi satu benda yang saya suka nak kongsi adalah hadiah! Yeay, saya suka dapat hadiah!

Nescafe dari Facebook Nescafe Gold. Dapatnya sebotol saja. Jadilah janji tak perlu bayar. Penat kumpul point semata-mata nak redeem Nescafe ni tau. 


Majalah Oh! My English dari Facebook Kamus Besta. Tak sempat pun nak belek apa isi kandungannya.


Penanda buku dari Facebook HPL Hotel & Resorts. Gigihnya tulis tangan Cik Cynthia kita.




Ini paling best, beg dari Design by Della yang saya menang dari Peraduan AnnaRozy Homemade Kids couture 1st Birthday Giveaway. Cantik begnya. Saya saja-saja cakap dekat Haziq, saya nak beri dia beg ini untuk isi bekal ke sekolah. Dia geleng-geleng kepala kata beg ini hanya untuk girl saja. Saya tau dia memang pantang dengan benda warna pink.




Mask dari Facebook SK-II. Tapi lambat lagi boleh pergi ambil.


Ok, ini yang paling saya suka. Hadiah dari Peraduan Saladin TV3. Berkurun tunggu baru sampai hadiahnya. Ingatkan dapat kurma Saladin. Rupa-rupanya dapat patung karakter dari cerita Saladin. Siap dalam bekas khas lagi. Memang saya suka.


Hadiah sampingan dalam Peraduan Saladin barangan dari Bananana TV3.


Juga t-shirt Saladin. T-shirt ini saya beri pada Hadif sebab dia saja yang muat pakai.


Ok, itu saja. Masih lagi menanti hadiah dari 7Eleven yang belum sampai. Oh, ada lagi satu hadiah dari Wonderbox. Teruja nak tahu apa yang ada di dalam box itu :D