Wednesday, March 27, 2013

Kantoi!

Rezeki dari Facebook Supersquad. Tasknya kena hantar gambar bertemakan kantoi. Tiba-tiba teringat gambar anak-anak saya yang sedang leka korek hidung berjemaah. Terus hantar.


Alhamdulillah menang dan hadiahnya adalah RM50.00 cash. Pagi tadi team Supersquad telah masukkan ke dalam akaun saya. Cepat betul. Terima kasih Supersquad!

Hadiah Penginapan Dari Pa&Ma

Balik dari kerja petang kelmarin tengok ada surat dari Karangkraf atas nama Huzein. Bila buka macam nak melompat sebab memang penginapan di Suria Cherating Beach Resort. Peraduan adalah anjuran majalah Pa&Ma. Nama saya macam sudah lama diblack list dari majalah Pa&Ma sebab selalu sangat menang  hadiah. 


Nampak gayanya cuti sekolah lagi sekali sudah tahu nak bawa anak-anak ke mana. Jimat belanja!

Cek Nuffnang Keduaku

Lama juga tunggu cek dari Nuffnang ni sampai ke tangan saya lepas saya cash out. Ini kali kedua saya cash out dari Nuffnang. Pertama kali pada bulan Julai tahun lepas. Kali ini jumlahnya banyak sedikit. Tengah berkira-kira nak belanja anak-anak dan suami makan sedap. Jom pizza!


Friday, March 22, 2013

Learning Trip: Muzium Negara

Sudah alang-alang sampai ke KL, kami merancang ke Planetarium Negara. Malangnya Planetarium Negara ditutup pada hari Isnin.


Jadi, terpaksa ubah rancangan. Kami ke Muzium Negara. Nampak tu Muzium Negara dikejauhan.


Bersemangat je 4 beranak ni berjalan. Saya lately sakit lutut macam orang tua. Jalan pun slow saja.


Sebelum masuk kena beli tiket dulu. Hari Isnin, jadi orang pun tak ramai sangat. Yang ramai adalah pelancong asing.


Keadaan di dalam Muzium Negara. Sunyi, sepi dan tenteram. Nak bercakap kuat sikit pun jadi takut. Tapi anak-anak saya sikit pun tak heran. Bising bukan main lagi.


Ok, nak maklumkan lagi sekali. Kamera habis bateri. Gambar diambil dengan kamera handphone. Jadi tak dapat nak share gambar yang cantik-cantik.

Ini saja antara gambar yang sempat saya ambil. Saya suka kasut ni sebab cantik! Kasut Baba dan Nyonya.


Basikal yang digunakan oleh tentera Jepun.


Kami bergambar beramai-ramai dengan Hang Tuah. Ini merupakan kali kedua. Kali pertama kami bergambar di Melaka. Konon-konon je. Padahal bukan Hang Tuah yang sebenar. Cuma patung/ukiran sahaja.


Anak-anak yang sentiasa riang. Tak reti penat lansung.


Learning trip ke Muzium Negara sedikit membosankan bagi anak-anak. Mungkin kalau Planetarium Negara dibuka, mereka lebih suka. Nampaknya anak-anak saya lebih berminat dengan sains daripada sejarah.

I-City Shah Alam

Walaupun dengar macam-macam cerita tidak enak mengenai I-City Shah Alam, tetapi teringin juga nak pergi. Memang menarik, anak-anak teruja tengok lampu yang banyak. Permainan pun banyak. Dan semua itu bukannya free anak-anakku.

Sedihnya bateri kamera sudah habis. Terpaksa ambil gambar dengan kamera handphone. Jadi, tak dapatlah nak share gambar yang cantik-cantik. 


Lepas makan kami semua berjalan-jalan sekitar I-City. Untuk tidak menghampakan anak-anak minta mereka pilih satu saja permainan. Jadi inilah yang dipilih. Satu kereta RM10.00. Boleh naik 2 orang satu kereta. Haziq naik dengan Hana Alesya. Huzein terpaksa layan Hadif. Kereta jadi berat dan jalan pun slow.




Memandangkan tak ada orang lain yang naik, siap merempit lagi tu.


Habis main terus ajak balik ke hotel walaupun anak merengek-rengek nak main permainan yang lain. Ibu dah tak larat, jadi sekian terima kasih.

Thursday, March 21, 2013

Hadiah; Sekadar Berkongsi

Mari dekat-dekat. Saya nak kongsi hadiah-hadiah yang saya dapat sepanjang minggu lepas. Sedikit meriah berbanding minggu sebelum ini.

Hadiah dari Facebook Triumph International Malaysia. Peraduan diadakan sempena Hari Wanita Sedunia. Tidak dinyatakan apa hadiah yang bakal dimenangi. Saya meneka-neka voucher tetapi bila sampai ke tangan saya, rupa-rupanya clutch. Cantik sangat. Warna pink lagi. 




Peraduan di Facebook My Chef. Perlu kongsi resepi yang sihat. Sungguh tak sangka ramai yang suka kerabu mangga saya. Hadiahnya merupakan hamper produk My Chef.



Hadiah produk Olay bernilai RM300.00 dari majalah Jelita. Tapi rupa produk tak macam RM300.00 pun. Sedikit kecewa di situ.



Sempena pelancaran filem Gila-Gila Remaja 2, ada kuiz di Facebook Gila-Gila Remaja. Saya dapat T-Shirt. Minta saiz XL sebab nak beri pada Huzein.





Hadiah ini saya ambil di pejabat Karangkraf di Shah Alam. Hamper Dutch Lady, hadiah dari majalah Rapi. Haziq dan Hadif sibuk nak bergambar bersama hamper.



Setelah dibuka, inilah produk Dutch Lady saya saya dapat.


Kebetulan ke pejabat Karangkraf, saya tanyakan sama ada hamper Jacob's hadiah dari majalah Rapi sudah habis di redeem orang atau belum. Jawapannya belum, rasa macam nak lompat. Ada juga rezeki saya. Dapatlah satu paper bag besar produk Jacob's.


Hadiah novel dari majalah Seri Dewi & Keluarga. Gambar saya keluar dalam majalah dalam ruangan Cuit-Cuit Suami Isteri.


Ok, itu saja. Minggu ini masih menanti beberapa hadiah yang belum lagi sampai ke tangan saya.

Lagi satu berita gembira nak share tentang kemenangan lagi sekali dalam Peradua Waa..... Cocopie. Kali ini atas nama Huzein pula.


Bulan Mac ini merupakan bulan terakhir untuk hantar penyertaan dalam Peraduan Waa..... Cocopie. Mana tau ada rezeki anda pula. Selamat mencuba!

Jalan-Jalan Shah Alam/KL

Tanpa perancangan, saya sekeluarga ke Shah Alam & KL hujung minggu lepas. Ingatkan dah tak jadi, tapi pagi Ahad tu terus bungkus baju dan bergegas ke Shah Alam untuk menghadiri kenduri sepupu Huzein. Kebetulan sekolah Haziq cuti peristiwa pada hari Isnin. Gambar pengantin tak ambil sebab kamera tertinggal di kereta dan kebetulan lepas makan hujan turun dengan lebatnya. Lepas makan terus cabut ke rumah adik untuk berehat. 

Malam itu kami menginap di Hotel De Art di Seksyen 7, Shah Alam. Gambar hotel pun tak tak ambil. Bilik yang kami menginap adalah seperti di bawah. Gambar cilok dari Facebook Hotel De Art.


Penginapan adalah percuma sebab sebelum ini saya menang dalam peraduan yang dianjurkan di Facebook Hotel De Art.

Malam itu kami berjalan-jalan di I-City Shah Alam. Awal pagi lepas sarapan, terus check out dari hotel. Maka bermulalah misi mengutip hadiah.

Tempat pertama yang kami pergi adalah pejabat Karangkraf. Haziq teman saya masuk ke dalam. 



Kemudian terus ke pejabat Berita Publishing untuk ambil hadiah di sana pula. Gambar lupa nak ambil. Destinasi terakhir untuk mengambil hadiah adalah Kota Damansara.  Ambil hadiah untuk peraduan My Chef. Gambar ini diambil oleh staf My Chef dan dimuatkan di Facebook My Chef. Muka baru bangun tidur dalam kereta.


Hadiah yang saya collect nanti saya share dalam entry yang lain ye.

Bila dah sampai ke Kota Damansara, maka tidak sahlah jika tidak singgah di Ikea. Inilah salah satu sebab kenapa saya suka ke Ikea. Dapat makan meatball yang sedap. Ini belum lagi karipap. Satu dozen saya beli untuk di bawa pulang.


Bila lagi nak ke sana? Entahlah, kalau cuti sekolah memang rasa malas sangat nak ke KL. Ramai sangat orang. Kalau ada rezeki, sampailah lagi kami ke sana.

From Sabah With Love

Sebelum kejadian Sabah diceroboh, kawan saya Wan Rofiza pergi bercuti-cuti ke sana. Balik dari sana, tiba-tiba saja barang-barang ini sampai kepada saya, diposkan.

Terima kasih Wan. Paling suka fridge magnet sebab cantik dan saya juga suka kumpul fridge magnet.


Terima kasih!

Wednesday, March 13, 2013

Hadiah Picisan

Mari kita berkongsi hadiah picisan yang saya dapat minggu lepas-lepas. Hadiah kecil saya, tapi saya suka juga nak share.

Tupperware Mickey Mouse dari majalah Pa&Ma. Comel sangat! Bekas makanan ini menjadi hak Hana Alesya. Menangis-nangis tak bagi Haziq bawa ke sekolah. 




Penyangkut handbag dari Elite Model Frangrances. Dulu teringin juga nak beli, tapi tak beli-beli. Last-last dapat free. Mudah sebab boleh guna untuk sangkut beg di meja kalau keluar makan. Tak perlu letak di atas riba atau bawah meja atau di mana-mana lagi.



Ini hadiah yang tiba-tiba saja datang ke tangan saya. Ingatkan dari facebook Majalah Jelita tapi bila tengok surat dari majalah Wanita. Terima sajalah dengan hati terbuka.


Produk Enchanteur, datangnya 2 kotak. Bila sampai kotak pun dah jadi macam ni, terkepek habis.


Tak apalah, janji isi di dalamnya elok dan tidak rosak. Ada macam-macam, bedak, losyen, minyak wangi, deoderant. Paling saya suka bau Romantik, wangi! Hadiah ini saya kongsi dengan mak saya, mak pun nak wangi-wangi juga.


Ada beberapa lagi hadiah yang saya menang. Kebanyakkannya menang dari facebook. Tapi hadiahnya belum sampai lagi. Nanti bila dah sampai saya share lagi ok.

Resepi Kerabu Mangga

Saya mencuba nasib dalam peraduan di Facebook MyChef. Makanan sihat yang saya pertaruhkan adalah kerabu mangga. Tak sangka ramai yang suka. Padahal saya bukan pandai sangat memasak. Kerabu mangga saya pun jenis masak campak-campak saja. Campak-campak pun sedap tau!


Memandangkan ramai yang bertanyakan resepi Kerabu Mangga jadi saya nak kongsikan di sini resepinya. 


Bahan-bahan:

2 biji mangga muda - dipotong memanjang
1 biji tomato - dipotong nipis
1 biji bawang besar - dipotong nipis
5 biji cili api - dipotong halus
Ikan bilis - digoreng dan ditumbuk kasar
3 biji limau nipis  - diambil airnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuat:

Semua bahan dicampur dan digaul rata. Siap untuk dihidang! Mudah bukan?

Nak sedap lagi boleh tambahkan bunga kantan yang dihiris halus. Masa buat kerabu mangga ni tak ada bunga kantan, jadi saya tak masukkan.

Selamat mencuba!

Wednesday, March 6, 2013

Meriahnya Makngah!

Saya memang jarang memasak pada hari kerja. Biasanya mak saya yang masak di rumah, itu kalau dia adalah. Kalau dia tak ada, saya beli saja. Weekend kalau tak ke mana-mana memang saya akan memasak. Nak asah bakat memasak yang memang tak berapa pandai sangat ni.

Semalam saya masak ikan sweeet sour, atas permintaan Huzein. 


Usah ditanya kenapa terlebih meriah. Puan Chef telah mencurahkan semua idea masakan yang ada dan ikan di masak dengan penuh kasih sayang. Jadi, beginilah rupanya. Meriah dengan segala benda.


Rasanya? Not badlah. Bukan indah khabar dari rupa.