Tuesday, April 30, 2013

Jualan Gedung Pallas Malaysia

Gigih nak beli kasut murah. Jauh juga Nibong Tebal dengan rumah saya, tapi memandangkan jarang sekali ada jualan murah macam ni, haruslah saya pergi.

Ini poster iklan di facebook Pallas Malaysia. Ada lucky draw lagi. Tapi, saya tak lucky.


Sampai akhirnya kami sekeluarga di tempat kejadian. Panas terik tidak menghalang hasrat memborong kasut sebanyak mungkin :P


Nak kata ramai sangat orang taklah juga. Kasut-kasut yang dijual adalah kasut lelaki dan kasut kanak-kanak sahaja termasuk kasut sekolah. Sliper budak hanya RM5.00. Borong sakanlah kami.


Haziq membantu Hadif mencuba sliper RM5.00. Memang murah tapi kena korek dalam dan gigih mencari saiz sendiri.


Saya dan Hana Alesya yang masam. Hana Alesya tak berapa sihat jadi muka pun monyok saja. Hadiah untuk budak monyok ini adalah 4 pasang kasut.


Seratus lebih jugalah duit habis di sini. Tapi harga memang murah. Gambar hasil borongan lupa nak ambil. Kalau teringat nanti saya ambil. Ok, bye!

Thursday, April 18, 2013

Wehooo, Hadiah Dari Eight Designs Boutique

Seronok sangat bila Eight Designs Boutique (EDZ) umumkan pemenang untuk peraduan share & like di Facebook. Saya salah seorang darinya! Dapat voucher RM100.00. Boleh shopping baju baru. Saya suka hadiah dan saya suka shopping! 


Setakat ini baru 3 baju saya beli dari EDZ. Walaupun baju-bajunya agak mahal tetapi jahitan kemas dan berkualiti. Design pun cantik.

Ini baju pertama yang saya beli dengan EDZ, dress labuh.


Baju kedua adalah blouse Asma warna mustard. Blouse ni sangat cantik kalau pakai dengan skirt atau palazzo.


Pembelian ketiga adalah blouse Asma juga. Masa saya beli ni saya guna voucher yang juga saya menang sebelum ini dari EDZ. Cuma kena tambah sedikit duit. Harapnya lepas ini EDZ dapat keluarkan blouse Asma yang plain pula.


Pembelian seterusnya apa pula ya? Baru nak pilih-pilih. Yang pastinya best sebab dapat jimat RM100.00.

Wednesday, April 17, 2013

Pada Zaman Dahulu

Sedang gigih mengemas rumah, saya terjumpa gambar-gambar lama. Wah, sungguh comel budak ini! Ini gambar yang diambil masa nak masuk darjah 1. Fesyen rambut adalah style dari arwah Abah saya. 


Ini gambar kenangan bersama basikal pertama saya. Gambar kaku, tak reti nak berposing.


Kalau sekarang, ambil gambar siap cekak di pinggang lagi!

Bola Kampung

Saya adalah salah seorang pemenang untuk Peraduan Bola Kampung anjuran Asia Media TV.


Tiket wayang Bola Kampung telah diposkan di rumah. Hadiah-hadiah lain perlu dituntut di pejabat Asia Media TV.


Malangnya tiket sampai, cerita Bola Kampung pun sudah habis di panggung. Kesian dengan anak-anak yang beria-ia nak tengok cerita ni. Takpela tunggu Hari Raya mesti masuk TV.

Monday, April 15, 2013

Sambutan Hari Susu Sedunia Dutch Lady

Jom raikan Hari Susu Sedunia bersama-sama dengan Dutch Lady. Pasti ada pelbagai acara, aktiviti dan promosi menarik yang bakal diadakan.


Senarai lokasi adalah seperti di bawah. Teruja saya untuk turut serta bersama sebab AEON Seberang Perai memang berdekatan dengan tempat tinggal saya. Jom pergi ramai-ramai!





Sesekali Berdating

Sesekali saya akan mengambil cuti dan keluar bersama Huzein. Datinglah kiranya. Huzein tak jadi masalah sebab dia boleh cuti sesuka hati, maklumlah tidak terikat dengan komitmen kerja.

Dating kali ini kami menonton cerita GI-Joe. Bosan sungguh! Pendek kata tak best lansung ceritanya. Boleh tertidur saya. 2 kali saya keluar ke tandas sebab bosan sangat.


Habis saya tengok wayang terus pergi makan. Kali ini kami makan di Nando's. Bila keluar berdua baru ada peluang untuk kami makan Nando's sebab anak-anak tak berapa suka makan Nando's. 


Sesekali keluar berdua memang seronok. Tapi jam 5.00 petang terus bergegas pulang untuk jemput anak balik. Jadilah separuh hari menghabiskan masa bersama-sama.

Hamadi/Syuhada Big Day & Kelab Huru-Hara

Kami sekeluarga ke Taiping untuk majlis perkahwinan sepupu Huzein, Hamadi dan pasangannya Syuhada. Cantik warna tema, pink dan biru. Sempat ambil gambar pengantin masa makan sahaja sebab kami terlewat, singgah beli hadiah kepada pengantin dulu.


Meja untuk meletakkan guest book. Cantik dihiasi gambar-gambar semasa pre-wedding.


Saya pun tumpang menulis ucapan tahniah. Bila tengok lagi sekali, ada orang yang rajin menconteng. Saya syak ini kerja Haziq.


Sesi potong kek, pengantin bertukar baju ala-ala Bollywood. Meriah!


Kek pun meriah. Memang  menarik perhatian betul buah strawberi itu. Kek coklat yang sangat sedap.


Ya, mari potong kek.


Hana Alesya yang menyibuk di situ. Sibuk cakap "Pengantin nak strawberi" Diulang-ulangnya sampai dapat strawberi dekat dia.



Geng huru-hara, cucu-cucu Atok Hawari menyerbu minta kek dengan pengantin.


Diam-diam Hana Alesya pergi menjenguk reban ayam.


Lepas tu beramai-ramai pergi melawat ayam di dalam reban. Hish, budak-budak ni.


Bila saya kata nak ambil gambar beramai-ramai, macam-macam aksi yang mereka beri. Bila tengok balik, tergelak saya.







Macam-macamlah kamu semua. Tak pernahnya letih!

Thursday, April 11, 2013

Enchanteur - Real Love

Saya dihubungi melalui Facebook oleh pihak Enchanteur untuk menyertai satu peraduan bertajuk Real Love.  Saya diminta untuk berkongsi kisah cinta bersama dengan pasangan. 




Mula-mula teruja jugalah bila dapat message seperti ini. Terus copy dan hantar message ini kepada Huzein. Tapi, bila dibaca betul-betul dan difikirkan semula hadiah yang akan diberikan tidaklah begitu berbaloi. Jadi saya dan Huzein menolak secara baik daripada menyertai peraduan ini.

Ini message yang saya telah hantar kepada pihak Enchanteur.




Kalau tawarannya lebih menarik mungkin kami berdua akan setuju untuk menyertai peraduan ini.

Friday, April 5, 2013

Hadiah Lama Dan Hadiah Baru

Salam semua. Seperti biasa saya nak kongsi hadiah yang saya dapat sepanjang minggu lepas dan minggu ini. Adalah sikit-sikit tapi seronok tetap seronok!

Hadiah misteri dari FB Najjah Boutique. Sabar je tunggu apa hadiahnya. Produk Najjah termasuk tudung dan baju tersangatlah mahal harganya bagi saya. Di luar kemampuan untuk saya beli. 


Bila sampai, rupa-rupanya saya dapat shawl. Saya tak pandai sangat pakai shawl tapi shawl ni macam mudah pula nak pakai sebab dibuat daripada kain cotton.


Tengok, harganya RM80.00. Kalau beli sendiri, haruslah takkan saya beli.


Hana Alesya merasmikan shawl ibu. Bukan main lagi dia.


Mini kek coklat daripada Facebook Sheera D'licious. Sedap keknya! Sheera D'licious beroperasi di Pulau Pinang, jadi mudahla nak pergi ambil kek ini.



Krim mandian daripada Dettol. Tiba-tiba saja sampai, lepas tu baru dapat emel kata saya menang daripada pihak Dettol.


Buku ini pun tiba-tiba sampai di rumah. Hadiah dari majalah Seri Dewi dan Keluarga untuk ruangan Cuit-Cuit Suami/Isteri.


Apa benda ni? Saya pun tak berapa tahu fungsinya, yang pastinya boleh dengar lagu la. Cis..jangan gelak. Saya memang tak pandai sangat gajet-gajet ni. Benda alah ni lebih kurang radio/sound system. Hadiah dari peraduan 7-Eleven.


Jeng...jeng..jeng....teka apa ini? 2 bungkus besar, jenuh angkat masuk ke dalam kereta. Nasib baik ada adik yang baik hati menolong.


Ok, inilah hadiahnya. 10 tin biskut dari peraduan di Facebook Jacob's. Meriah dengan tin edisi terhad. Hari-hari makan biskut. Biskut ini akan dikongsi bersama dengan mak saya sebab saya gunakan gambar mak dan anak-anak untuk masuk peraduan ini.


Last sekali hadiah novel Ops! Zulaikha dan 2 batang lip gloss. Lip gloss jenama Clinique. Menang tempat ketiga dalam Peraduan Ops! Zulaikha di blog Rudi Zone. Ingatkan dah tak menang apa-apa sebab peraduan ini pun sudah lama diadakan.



Ops, ada lagi! Tiket Bola Kampung The Movie. Tapi sampai sekarang tak sampai-sampai. Cerita Bola Kampung The Movie pun dah nak habis di pawagan. Kiranya 'terbakar' sajalah tiket ni.


Itu saja. Harapnya lepas ni akan menang hadiah-hadiah besar sebab masuk bulan Mac semangat saya untuk masuk contest sudah datang kembali. Doakan saya ok!