Monday, May 20, 2013

Hadiah!

Ya, mari update hadiah yang tak seberapa ini.

Tiket wayang, saya dapat dari Facebook Nips. Jawab soalan dengan betul sahaja dan menang.


Ini saya suka sangat! Produk Heathcote & Ivory bernilai RM198 dari majalah Her World. Hasil jawab survey mengenai produk kecantikan. Bekasnya cantik, lebih kurang macam produk Crabtree & Evelyn.



2 tiket untuk menyaksikan filem-filem yang ditayangkan semasa French Art & Film Festival 2013 di GSC Gurney Plaza. Ini hadiah dari facebook L'Occitane.


Saya menang Kontest Oh! Hari Ibu dari facebook Oh! Bedak Arab untuk kategori aksi mesra. Hadiahnya bedak arab dan span. Nanti bolehlah saya cuba bedak ni, macam menarik juga.


2 kotak edisi terhad teh boh dari facebook Boh Tea Malaysia.


Hamper produk Fair & Lovely untuk peraduan Fair & Lovely. Hadiah saguhati saja. Hajat di hati nak menang hadiah lain, tapi dapat ini pun syukur. Banyak betul, sekotak dapat. Kalau pakai, setahun pun belum tentu habis.


Last sekali tiket wayang GSC dari facebook AEON. Belum pergi collect lagi sebab boleh collect mulai 24 Mei 2013. Nanti boleh bawa anak-anak tengok wayang.


Ok, itu sajalah hadiah yang sampai ke tangan saya sepanjang minggu lepas. Ada lagi hadiah yang saya menang tapi belum sampai lagi. Nanti saya share lagi ok. Bye!

Rezeki Bersama Cosmoderm

Alhamdulillah, syukur. Ini rezeki yang saya tak terjangka. Saya masuk cabutan bertuah anjuran Cosmoderm. Syaratnya senang sahaja, hanya perlu beli Perfect Sunscreen & Flawless Foundation dan hantarkan resit kepada Cosmoderm bersama butir-butir peribadi. Cabutan akan dibuat sebanyak 2 kali. 


Pada cabutan kali pertama, nama saya naik sebagai pemenang hadiah saguhati. Hadiahnya adalah produk Cosmoderm bernilai RM100.


Cabutan kali kedua saya anggap rezeki terpijak untuk saya. Ingatkan sudah tidak ada rezeki, rupa-rupanya saya merupakan pemenang tempat pertama (sedikit salah eja nama di situ). Hadiah wang tunai RM600 dan juga produk Cosmoderm bernilai RM400.


Seronok sangat! Lompat tinggi-tinggi.

Chef Cilik In The Making

Rajin anak daya saya yang seorang ni nak tolong menumbuk di dapur. Saya menumbuk bawang, dia pun nak buat juga. Jadi, saya bagi sajalah di buat. 


Bila nampai Huzein nak ambil gambar, terus buat 'peace'.


Harapnya bila besar, rajin tolong ibu di dapur ya!

Tuesday, May 14, 2013

Ajari Aku

Anak-anak saya yang gigih menolong ibu melipat baju. Mula-mula bersungguh, tapi lama-lama jadi main-main pula.


Haziq ajar Hadif cara yang betul lipat baju.


Nah susun satu-satu lagi.


Ini dia budak rajin lipat baju. Siapa mau ambil buat menantu?


Bagi saya walaupun anak-anak lelaki tapi mesti kena ajar juga buat kerja-kerja rumah yang basic. Sidai baju dan lipat baju harus di ajar. Basuh baju tak perlu sebab mesin yang buatkan. Masuk dapur pun kena juga supaya tahu nak masak nasi, goreng telur atau bancuh air.

Bila besar nanti, duduk rumah bujang tak adalah terkial-kial nak buat kerja rumah. Pandai uruskan diri sendiri. Kalau sudah kahwin nanti boleh tolong isteri apa yang patut. Tak kiralah isteri mereka nanti bekerja atau tidak, kena tolong juga. Boleh tak anak-anak ibu?

Hari Ibu Saya Tahun Ini

Seperti tahun-tahun lepas, biasanya saya akan dapat hadiah dari anak-anak. Hadiah yang mereka buat di sekolah. Oh, biasanya anak-anak yang berada di tadika saja yang beria buat hadiah untuk ibu. Anak yang sudah masuk sekolah rendah tak buat pun.

Jadi, tahun ini saya hanya dapat hadiah dari Hadif. Hadif buat bunga di tadika untuk saya. 


Kami semua celebrate Hari Ibu sehari lebih awal. Hari Sabtu kami semua pergi ke Gurney Plaza. Naik feri. Anak-anak seronok dapat naik feri sebab bukan selalu dapat naik.




Kami ke Gurney Plaza sebab saya sudah register nama untuk program Hari Ibu bersama dengan Bobbi Brown.


15 orang pertama yang mendaftar akan di solek secara percuma dan dapat hadiah lagi! Saya siap tanya, dapat hadiah atau tidak. Kalau tidak saya tak mahu pergi.

Tengok wajah yang selesai disolek. Comel tak? Bagus juga sebab dapat belajar lagi teknik solekan. Jurusolek Bobbi Brown pun baik dan peramah, Cristin namanya. Tak ambil gambar semasa disolek. Anak-anak saya sibuk sama di meja solek. Jadi Huzein bawa mereka semua pergi makan.


Makanan juga disediakan. Ada cupcake, cookies dan air epal. Saya siap tapau cookies untuk anak-anak lagi.


Selesai semuanya kami ke MPH. Huzein nak habiskan voucher buku yang dia dapat. Bertapalah kami di situ. Ini gambar Hadif sedang memujuk supaya belikan buku Iron Man. Saya beli buku Anekdot Madinah: Benar Dia Maha Mendengar karya Prof. Muhd Kamil Ibrahim sebagai hadiah untuk diri sendiri.


Kebetulan CashVille Kids ada program di MPH. Anak-anak saya pun join juga nak tengok apa yang best.




Tapi tak tunggu sampai habis program pun. Ada tayangan siri CashVille dan sesi soal jawab. Kalau dapat jawab, dapatlah hadiah. Organizer baik hati, walaupun Haziq, Hadif & Hana tak tunggu sampai habis program, dia beri seorang satu badge button untuk mereka.

Kami pergi ke Teluk Tempoyak untuk makan besar. Kami Restoran D'Seafood Paradise. Pertama kali kami ke sini.


Restoran terletak betul-betul di tepi laut.



Keadaan di dalam restoran.



Yeay, makanan dah sampai. Tengok, meriah betulkan!



Ada udang masak butter.


Sup sayur.


Telur dadar goreng. Ini order khas untuk Haziq dan Hadif.


Kerang bakar khas untuk Hana Alesya.


Paling istimewa, tentulah ikan bakar. Air asam pencicah ikan bakar pun sedap.


Jus oren.


Wah memang makan besar ni. Jumlah semua RM111.00. Huzein cakap lagi puashati makan di sini daripada makan di kedai makanan segera.

Sebelum balik Hana sibuk nak bergambar sambil buat 'peace'. Siap pakai badge button yang dia dapat dari CashVille.



Dari restoran juga dapat nampak Jambatan Pulau Pinang yang ke-2.



Ada juga resort di sini tetapi rupanya macam hidup segan mati tak mahu saja.


Rasanya kami akan ke restoran ini lagi sebab makanan dia sedap-sedap!

Thursday, May 9, 2013

Hari Susu Sedunia di Jusco Perda

Sebelum ini saya ada postkan berkenaan sambutan Hari Susu Sedunia anjuran Dutch Lady. Pada 1 hingga 5 Mei telah diadakan di Jusco Perda. Memandangkan Huzein tiada, jadi saya pergi ke sana pada 1 Mei bersama Haziq dan Hadif sahaja. Kesian Hana Alesya kena tinggal. Kalau saya bawa mereka bertiga susah pula nak control. Takut ada yang hilang pula nanti.


Mula-mula kena register nama dulu di kaunter pendaftaran.


Selepas register, tangan akan dicop seperti di bawah. Lepas tu boleh main semua permainan yang ada di situ.


Boleh juga merasa susu Dutch Lady secara percuma.


Mula-mula Haziq dan Hadif cuba bermain di Kafe Dutch Lady.


Permainannya mudah sahaja. Kena buat puzzle. Gambar contoh juga ada diberi.




Bila puzzle siap, hadiah akan diberi. Hadiah merupakan key-chain berbentuk lembu yang sangat comel.


Kemudian mereka cuba memerah susu lembu pula. Terlebih excited Haziq dan Hadif nak perah susu lembu.







Selesai perah susu lembu, mereka diberi key-chain lembu yang sama.

Ini interaktif game. Susah sikit game ni.





Last sekali, game yang paling senang. Cari bola berwarna hijau dan masukkan dalam mulut lembu.



Lepas habis main semua game, Haziq dan Hadif sibuk nak cop tangan mereka sama di wall Dutch Lady.



Hadif pilih warna oren.


Haziq pilih warna biru.


Ya, mari kita cop!



Last sekali, saya ambil gambar Haziq dan Hadif sebagai kenangan.



Oh, lawatan kami ke roadshow ini bukan setakat hari itu sahaja. Kami ke sini sekali lagi pada 5 Mei. Kali ini saya pergi sekeluarga. Dapatlah Hana Alesya merasa main game di sini.


Tengok tu siap buat 'peace' lagi. Happy dapat main game. Game pertama yang mereka tuju adalah perah susu lembu. Apa yang best sangat pun tak tahulah.







Lepas tu main puzzle.


Lepas tu game ni pula.



Last sekali cop tangan di wall Dutch Lady.



Kali ini Hadif pilih warna hijau.



Pink pilihan Hana Alesya.


Inilah hasil tuaian di roadshow Hari Susu Sedunia Dutch Lady. Comel betul!


Destinasi seterusnya untuk roadshow ini adalah di Sabah pada 24 hingga 26 Mei 2013.