Friday, June 21, 2013

Baju Raya

Overnya mak budak sorang ni, puasa pun belum start lagi tapi sibuk cerita pasal baju raya. Saya memang suka buat persediaan awal. Memandangkan tailor start bulan 5 dah tak ambil tempahan untuk baju raya, jadi saya beli kain awal untuk buat baju sedondon saya, mak dan Hana Alesya. 

Tahun ini warna tema untuk baju raya saya adalah purple gelap. Kain adalah seperti di bawah. Susah juga nak dapat kain ni. Baru nak frust sebab kain dah habis stok dan terpaksa pilih yang lain. Tiba-tiba, kain ini ada pula. Laju-laju saya order 10 meter. Kain sudah saya hantar kepada tailor. Tunggu siap saja. Hari Raya ini saya bakal berboria bersama emak dan Hana Alesya.


Baju raya yang di bawah di beli dari Thepoplook kelmarin. Huzein yang belanja dan warna pun dia yang pilihkan. Saya terima dengan hari terbuka. Terima kasih! Agaknya bila dan puasa nanti, berat badan pun dah turun sedikit saya bakal nampak lebih cun macam model di bawah :D


Baju kasual untuk anak-anak pun saya sudah beli. Beli sedikit-sedikit masa sales. Tinggal baju melayu untuk Haziq dan Hadif saja yang belum beli. Beli yang siap sahaja. Insyallah gaji minggu depan dah boleh beli baju melayu untuk mereka.

Saya malas nak buat persiapan lambat. Nanti bulan puasa anak-anak letih berpuasa. Takkan nak heret semuanya bawa membeli barang. Kesian anak-anak. Saya pun kesian juga sebab tak larat nak kepung anak-anak, sudahlah berpuasa.

Ok, itu saja cerita saya pasal baju raya. Tak sabar tunggu bulan puasa!

Thursday, June 20, 2013

Update Hadiah!

Mari kawan-kawan saya nak share hadiah kecil-kecil yang saya terima. 

Minyak wangi Salvatore Ferragamo - Signoria. Pergh, bau memang mengancam! Tapi dapat yang botol kecil sahaja. Dapat dari majalah Cleo tapi pergi ambil di Parkson Gurney Plaza. Jauh bebenor. Nasib baik ada hal lain, kalau saja-saja nak pergi collect hadiah kecil ini, tak pergilah jawabnya. 


Toner dari Simple. Rasanya contest ini saya masuk di Facebook Simple.


Ini saya tukar kupon yang saya dapat. Tukar pun di kedai Himalaya di Gurney Plaza. Mahal juga vitamin ni, kurang RM0.10, RM50.00. Vitamin ini sesuai untuk orang tua. Rasanya boleh bagi dekat mak saya.


Peraduan di Facebook Bio-Life. Dapat hamper produk Bio-Life bernilai RM150.00




Peraduan di Facebook AEON, 2 keping tiket wayang.


Saya menang hadiah saguhati Peraduan Hari Bapa di Facebook Astutexperience. Hadiahnya voucher buffet dinner untuk 2 orang. Best sebab dah lama tak makan besar di hotel.



Ok, itu saja! Ini pun tengah tunggu hadiah dari organizer yang tak hantar-hantar lagi hadiah. Malas nak tanya banyak-banyak kali. Dah la nak memang pun susah, nak tunggu hadiah sampai pun susah. #nanges

Wednesday, June 19, 2013

Sukan Tadika Hadif

Hari Sabtu lepas kami sekeluarga gigih-gigih bangun awal sebab hari tu Hadif ada sukan. Sukan diadakan di padang Sekolah Kebangsaan Bertam Perdana. Hadif memang bersemangat hari tu, siap bangun awal lagi. 

Tahun ini Hadif dalam pasukan oren. Tahun lepas hijau. Maskot untuk pasukan oren adalah harimau. 



Hadif dalam acara perarakan.



Ini maskot pasukan merah, Spiderman.


Habis perarakan, semua murid berkumpul untuk bacaan doa dan nyanyian lagu kebangsaan. Kemudian ada sedikit senaman.





Haziq dan Hana Alesya pun happy datang sukan tadika Hadif. Hana siap pakai topi takut panas nanti.


Gambar ibu dan abah yang diambil oleh Haziq. Abah nampak sangat letih, sibuk dengan kerja, mata pun separuh terbuka.


Ini acara untuk murid-murid 3 tahun, kutip bola.


Kebetulan ada orang naik payung terjun lalu di situ. Jadi tumpuan sekejap dia.



Dah tak larat berdiri, terus lepak atas padang.


Hadif bersedia untuk acara pertama yang dia masuk, susun tin.




Habis acara, tolong cikgu kutip tin untuk dikumpulkan satu tempat. Bagus anak ibu.


Haziq dan Hana lama-lama jadi boring menunggu.


Nasib baik saya bawa belon. Saya suruh dia pergi main dengan Haziq.




Hadif bersedia untuk acara keduanya, lari lompat pagar.


Tengok, bagaimana bersemangatnya anak ibu ni. Lari bersungguh-sungguh!




Markah keseluruhan untuk acara sukan, pasukan merah dan oren seri. Jadi diadakan acara lumba lari untuk menentukan tempat pertama. Pasukan merah menang, jadi pasukan Hadif iaitu oren jatuh tempat kedua.


Hadif bersama hadiah yang dimenanginya. Seronok betul dia!



Lepas Hadif ambil hadiah, terus saja kami pulang. Tak tahan panas, maklumlah matahari sudah naik.

Wednesday, June 12, 2013

Oh! My Samsung Galaxy Note 2

Wehuu...lama-lama sekali baru dapat hadiah best. Tak sangka boleh dapat hadiah utama untuk Peraduan SMS Slurpee. Saya memang peminat Slurpee tapi jarang minum sebab manis sebab boleh menyebabkan berat badan naik (berapa banyak sebab entah).

Peraduan punya pasal, saya beli juga. Tapi tak beli banyak pun. Cuma 6 cawan Slurpee/6 resit menjadi taruhan.


Inilah hadiah yang telah sampai ke tangan saya. Nak kata excited tak juga sebab saya bukan peminat gajet. Setakat pakai handphone Nokia RM90 sudah memadai bagi saya. Apa-apa pun syukur. Lepas ni kena belajar pakai handphone canggih gini.


Ini gambar yang saya ambil untuk hantar kepada Permanis sebagai bukti hadiah sudah sampai.


Poyo tak? Huzein kata poyo. Nyampas I.

Tuesday, June 11, 2013

Update Hadiah

Mari update hadiah!

Eye shadow hadiah dari Facebook Mummy Rio Store. 


Antara hadiah yang saya suka adalah penginapan hotel sebab boleh kurangkan bajet bercuti. Hotel sekarang pun bukan main mahal lagi. Ini hadiah dari majalah Pa&Ma, penginapan di Hotel deArt, Shah Alam.


Produk Nioxin dari majalah Her World.


CD Judika dari Facebook KKBox Malaysia. Saya suka lagu-lagu Judika sebab best.


Hamper Syahirah dari majalah Nur. Ini saya pergi ambil sendiri di pejabat Karangkraf masa pergi KL. Boleh tahan banyaknya.



Produk penjagaan rambut Wella dari majalah Female.


Produk kecantikan Dr. Brandt dari majalah Glam.


Ok, ini paling saya suka Bag Of Love dari majalah Female. Ada banyak produk kecantikan dalam beg itu. Beg pun sudah cukup cantik.




Last sekali, hadiah dari kawan saya Kak Mas. Pergi cuti-cuti Malaysia, bawa balik buah tangan. Terima kasih daun keladi. Nanti kalau pi jalan-jalan lagi, jangan lupa bagi lagi. Eh, berapa banyak lagi daa.......