Tuesday, July 30, 2013

Berkampung Di HPP dan Update Hadiah

Lately sangat sibuk menguruskan budak di bawah yang masuk hospital. Orang lain masuk hospital sebab sakit teruk tapi Hadif Syahmi masuk hospital sebab cabut gigi. Sebab dia sangat tak reti duduk diam, doktor terpaksa pengsankan dia sebelum cabut gigi.

Gambar diambil selepas doktor ambil darah. Masa ni kami lepak di wad kanak-kanak, Hospital Pulau Pinang. Masa ni dia masih lagi tersenyum.


Gambar di bilik bedah tak sampai hati nak ambil. Memang mulanya dia cakap banyak dan happy tapi lepas saja gigi dicabut nangis-nangis nak balik. Luluh hati saya tengok. Alhamdulillah, semuanya dah selesai.

Jadi, mari kita update hadiah sikit. Satu pek Boh Teh Tarik Oat. Saya dapat dari Facebook Boh Malaysia.


Sampel produk dari syarikat Kao. Ada macam-macam. Yang paling best dapat cosmetic pouch. Sebenarnya saya dapat 2 set, satu lagi nama husband.


Hamper produk Carrie Junior dari majalah The Malaysian Women Weekly. Berbaloi betul sebab banyak. Rezeki anak-anak.


Voucher penginapan di One World Hotel dari majalah Nona.


Last sekali dapat duit raya RM300.00 dari Nestle untuk Peraduan Detik Raya Terindah. Bukan selalukan dapat duit raya, jadi seronok tu lebih sikit. Tulis nama pun salah, nasib baik bank terima.


Ok, itu saja. Letih puasa :D

Thursday, July 18, 2013

Nescafe Gold Doodle

Ini bukan contest sebab tiada hadiah disediakan. Cuma Nescafe Gold minta hantarkan gambar tengah posing dekat dengan famous landmark di seluruh dunia. Gambar yang terpilih akan dikartunkan.



Saya pun suka-suka hantar gambar. Itupun kira biasa-biasa-biasa saja sebab gambar saya berlatarbelakangkan KLCC. Orang lain hebat-hebat belaka, semua gambar di luar negara. Tapi, gambar saya terpilih juga. Cari-cari saya yang mana satu?


Ini gambar yang saya hantar sebenarnya.


Tetapi pihak Nescafe Gold cuma kartunkan gambar saya. Huzein tiada di dalam gambar.


Comel tak? Serupa tak?

Tuesday, July 16, 2013

Update Hadiah Ciput

Chewah, chewah sibuk memasak konon bulan puasa ni sampai letih tak update blog. Hadiah ciput saja, jadi nak share pun rasa malu.

Top-up RM10 dari Facebook One Upper Clothing's


Tiket wayang dari Facebook Mamee Monster. Sudah selamat pergi tengok cerita World War Z dengan Huzein.


Hamper dari Cosmoderm. Gila banyak barang-barang dalam kotak. Penat angkut kotak bawa balik ke rumah. Duit RM600 pun telah selamat dimasukkan ke dalam akaun.


Simple Facial Wash dan Wipes dari Facebook Simple. Hasil jawab soalan dengan cepat.


Syampu dan Conditioner dari L'Oreal Professional Matrix Biolage hadiah dari Majalah InTrend.


Tumbler dari Facebook Maju Junction.


Bulna-bulan puasa ni dapat juga voucher berbuka puasa di hotel. Tapi memandangkan jauh, saya sedekahkan saja pada kawan yang tinggal di sana. Jawab soalan di Facebook KL Lifestyle Magazine pun suka-suka saja, sebab dah tahu jawapankan saya jawablah. Betul dapat hadiah.



Itu saja perkongsian hadiah ciput dari saya. Bulan puasa ni macam malas sikit nak masuk contest.

Thursday, July 11, 2013

Hari Pertama Berpuasa

Kelmarin merupakan hari pertama semua umat Islam berpuasa. Saya bersemangat bangun jam 4.00pagi untuk menyediakan sahur. Tahun ini merupakan tahun pertama Hadif cuba berpuasa. Jadi Haziq dan Hadif semangat bangun bersahur. 

Petangnya saya tanya Huzein dia nak makan apa untuk berbuka. Saya tahu dia melawak saja bila dia cakap nak makan ayam percik sebab saya tak penah masak ayam percik dan tak tahu masak ayam percik. Sebagai menyahut cabaran, saya kata yang saya akan masak ayam percik untuk berbuka.

Dengan gigihnya saya google resepi dan balik saja kerja singgah di kedai untuk beli bahan masakan. Walaupun baru pertama kali masak, saya yakinkan diri yang ayam percik saya bakal menjadi dan sedap. Semangat tu!

Tengok, ayam percik in the making.


Pastu panggang dalam pemanggang ajaib. Memudahkan kerja di dapar.


Wow, habis licin ayam percik. Saya cuma masak ayam percik saja sebab lauk banyak diberi oleh mak saya. Huzien ke Pasar Ramadan, tapi saya pesan kalau nak beli, beli 1 jenis makanan saja di Pasar Ramadan. Saya tak mahu membazir sebab kalau tak habis makan, mesti kena buang. Nanti jadi macam ni.....



Sebagai galakkan berpuasa, saya print Kalendar Bulan Puasa  dari Dutch Lady ini untuk Haziq dan Hadif.


Haziq dah biasa berpuasa dan ini merupakan tahun ketiga dia berpuasa penuh. Hadif baru pertama kali. Sambil tunggu waktu berbuka, sambil menangis kata tak larat tapi nak puasa juga. Aduhai, sungguh drama! Semalam dia tak ikut Huzein dan Haziq ke masjid untuk sembahyang terawih sebab tak larat. Saya kata pada dia kalau tak larat, esok puasa separuh hari sahaja.

Mudah-mudahan puasa kali ini lebih memberi keberkatan kepada saya sekeluarga. Insyallah.

Terima Kasih Audrey!

Yeay! Seronok sangat bila menang contest ni. Tak perlu keluar modal lansung. Cuma jawab soalan yang dikemukakan di Facebook Audrey Malaysia. Kira bernasib baik sangatlah ni. Hadiah pun best.


Hadiah boleh diambil di outlet Audrey yang terdekat. Jadi saya pilih untuk ambil di Audrey AEON Seberang Perai, paling dekat dengan rumah.


Ini antara koleksi Neon Summer yang terdapat di sana.


Ini Neon Summer Body Shaper yang saya menang. Di sini cuma ada 2 warna ini sahaja. Patutnya ada 4 warna dalam koleksi Neon Summer. Saya pilih yang warna hitam.


Harganya pun boleh tahan juga, RM299.90.


Lepas terima hadiah, saya ajak salesperson bergambar sebagai kenangan.


Terima kasih Audrey. Oh, saya nampak gemuk dalam gambar ni!

Sukan Sekolah Haziq

Kejadian berlaku sudah lama, kira-kira 2 minggu sebelum puasa. Tapi saya tak larat dan pemalas nak update blog. 

Awal-awal pagi lagi saya sudah hantar Haziq ke sekolah untuk berhimpuan. Kemudian pulang ke rumah, siapkan anak-anak yang lain dan datang sekeluarga ke padang sekolah untuk bagi sokongan pada Haziq. Matahari makin naik tapi acara belum bermula. Lewat betul. 

Ada 2-3 orang budak pitam dan hampir pengsan sebab terpaksa berdiri lama di tengah panas. 



Masa ni kami sibuk mencari Haziq.


Baru perasan dia tengah berkumpul bersama kawan-kawan, bersiap untuk acara lumba lari.



Haziq bersedia untuk lari. Tengah tunggu arahan seterusnya dari cikgu.







Habis lari, cikgu berselisih pendapat tentang kedudukan pemenang. Entahla cikgu ni. Haziq kata dia dapat nombor 3 tapi cikgu kata dia nombor 4.




Lama sangat cikgu berbincang. Bila cikgu dah confirm siapa yang dapat nombor 1, 2 dan 3 saya terus ajak Haziq balik. Sebabnya panas sangat dan saya tak tahan tunggu lama-lama. Lagipun Haziq dah tak ada acara lain selepas itu.

Jomla balik!