Thursday, August 29, 2013

Duit Raya

Duit Raya anak-anak, bukan duit raya saya. Saya cuma dapat duit Raya sedikit dari Nestle dan tengah tunggu duit Raya dari Safi. Orang lain tak nak bagi duit Raya ke?

Jenuh jugalah mengira duit seringgit sebab banyak. Biasanya duit Raya anak-anak saya simpan di dalam Akaun Didik. 


Tulis borang siap-siap supaya bila pergi bank boleh terus ambil nombor.


Oh, sampai sekarang tak pergi bank-in lagi duit Raya anak-anak. Saya sangat sibuk!

Wednesday, August 28, 2013

Raya Di Setiawan

Raya kedua saya dan keluarga pulang ke kampung Opah Huzein di Setiawan. Ada kenduri, jadi ramailah ahli keluarga yang berkumpul.

Ini rumah peninggalan Opah Huzein.


Sesi beraya, bersalam-salaman dan bermaaf-maafan. Dapat duit raya juga!



Kamu bisik minta duit raya lebih ke Haziq Fahmi?


Hana Alesya sibuk dengan duit Raya walaupun sebenarnya tak reti mengira duit.



Hadif sibuk dengan iPad. Tak lepas dari tangan.


Ini sepupu Huzein, Liyana. Pengantin baru. Kami balik beraya di Setiawan sebab ada kenduri akad nikah Liyana. 


Ini pengantin lama. Abang Liyana, Hamadi. Beberapa bulan lagi bakal jadi bapa.


Mak mertua saya yang sibuk macam Tuan Pengarah.


Saya yang demok dan comot bersama Encik Huzein.


Sembang dengan Maksu pasal handbag. Oh! Saya patut pakai lipstik sikit supaya nampak berseri.


Sambil tayang handbag raya. Ops! Jangan marah ye Encik Huzein.


Hana Alesya pun happy jumpa dengan saudara-mara. Dia senang bergaul tak kira siapa, cepat mesra.


Seronokkan Raya? Saya suka sebab dapat berkumpul dengan sanak-saudara yang jarang-jarang sekali berjumpa.

Raya Di Penang

Cerita Raya yang hampir basi. Ini akibat kad di dalam kamera mengalami sedikit masalah.

Raya tahun ini saya dan keluarga beraya di Penang, di rumah mak saya. Kalau saya Raya di rumah mertua dulu rasa kesian pula dengan mak memandangkan kedua-dua adik saya terpaksa bertugas semasa Hari Raya (maklumlah kerja pakai uniform macah tulah). Hari Raya ketiga dan keempat baru adik-adik saya balik.

Jom tengok gambar Raya saya pada tahun ini. Tema tahun ini adalah purple. Biasanya gambar tak begitu sempurna. Asalkan semua ada di dalam gambar, sudah cukup bagi saya. 



Ajak mak bergambar sekali. Ikutkan baju mak sama macam saya dan Hana Alesya. Tapi mak malas nak pakai. Lepas balik dari sembahyang Raya terus dia tukar pakai baju Kedah dan kain batik. Senang nak buat kerja di dapur katanya.


Sedondon saya dan Hana Alesya. Kebetulan terjumpa tudung yang sama dengan dia. Dapatlah pakai serupa.


Hero-hero saya. Tahun ini lengkap bersampin. Tahun-tahun yang lepas malas nak beli sampin. Tahun ni, terjumpa masa beli baju melayu terus rembat. Murah dan cantik! Pilih warna hitam senang nak match dengan baju melayu warna apa pun. Tahun depan boleh pakai lagi.


Hana Alesya tayang beg Raya. Sekejap saja tudung terletak elok atas kepala. Selebihnya senget-benget.


Tahun ini mak saya buat mee kuah. Sedap sehingga menjilat jari. Habis satu periuk besar. Maklumlah rumah mak saya memang jadi tumpuan semua bapa dan mak saudara saya datang selepas kematian Tok dan Tok Wan.


Ok, itu saja cerita Raya pertama saya. 

Wednesday, August 7, 2013

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri dari saya sekeluarga. Mohon maaf zahir dan batin sekiranya ada terkasar bahasa atau perbuatan yang tidak disenangi.


Saya akan beraya di Penang bersama dengan mak saya dulu. Hari raya kedua baru pulang ke kampung Huzein. Bagi yang pulang ke kampung semoga selamat dalam perjalanan.

Friday, August 2, 2013

Jualan Gudang

Bagi yang suka membeli-belah dengan harga yang murah boleh pergi jualan gudang. Mulai hari 2 Ogos 2013 hingga hari Ahad, 5 Ogos 2013 ada 2 jualan gudang berlansung di sekitar utara.

Satu jualan gudang pinggan mangkuk di Kilang Miyao-Toki, Kulim. Saya dah pernah ke jualan gudang di kilang ni. Memang best. Harga memang murah dan ada yang dijual beli 1, percuma 1. Pinggan mangkuk yang dihasilkan di kilang ini khas untuk dieksport ke luar negara jadi saiznya besar-besar macam untuk kegunaan hotel. Lagi menarik ada pinggang mangkuk jenama Kate Spate. Ingat  handbag saja ada jenama Kate Spade.


Lagi satu jualan kasut jenama Clarks di Evergreen Laurel Hotel, Penang. Memang teruja saya!


Kalau dapat pergi kedua-dua jualan gudang ni memang seronok sangat. Tengoklah kalau masa mengizinkan saya akan pergi.