Tuesday, September 24, 2013

Kenapa Saya Gemok?

Lately kalau tengok gambar saya di dalam blog mesti nampak gemuk. Er...ke memang selalu tengok pun nampak gemuk?

Sekarang kalau orang tegur saya gemuk saya dah tak kisah. Sebab gemuk ada isi. Kalau tak ada isi memang sentaplah juga. Terus rasa tak nak makan nasi 5 hari supaya nampak kurus.

Alhamdulillah, sekarang usia kandungan telah mencecah 5 bulan. Apa ni weh, sudah 5 bulan mengandung baru nak buat pengumuman? Jangan marah ye, saya pun tak berapa perasan mengandung. Tengok-tengok sudah mencecah hampir 3 bulan. Bila rasa semacam terus pergi beli UPT. Buat sendiri, di pejabat lagi tu. 


Kandungan masuk 4 bulan baru terhegeh nak pergi buat buku merah. Asyik tertangguh-tangguh.

Mengandung yang seronoknya dapat makan tanpa rasa bersalah. Apa, nak coklat Daim? Cari punya cari dah jumpa....alamak mahal! Takpe....dah teringin nak makan beli sajalah, kata Huzein. Seronokkan?


Huzein ke KL baru-baru ini sebab ada conference. Teringat nak pesan karipap Ikea tapi takut dia tak singgah Ikea. Tiba-tiba dapat sms dari dia tanya nak tak karipap Ikea? Wah..... laju-laju kata nak. Jadi dapatlah saya merasa. Alhamdulillah, sayang abang. Pandai je baca fikiran kita.


Persediaan mengandung kali ini belum buat apa-apa lagi. Cuma baru buat buku merah saja dan pergi check-up. Bila diingatkan banyak betul benda nak kena buat. Nak punggah baju baby yang lama, tengok mana yang boleh pakai, mana yang sudah tak elok. Nak hantar pam untuk diservis dan sediakan kelengkapan untuk menyimpan susu. Banyak benda nak kena buat. Rasanya nak kena list down satu persatu.

Ok, malas nak fikir banyak. Nak pergi makan coklat Daim. Bye!

Duit Raya Dari Safi

Raya dah lama habis tapi duit raya dari Safi baru saja sampai ke tangan saya. Saya menang duit raya RM300.00 dalam Peraduan Sempurnakan Aidilfitri Bersama Safi. Lawaknya masa dihubungi oleh pihak penganjur, telinga saya ni dengar 'Peraduan Sarsi'. Dalam hati saya kata, "Eh, bila pulak aku masuk contest Sarsi ni?"

Lepas tu pengajur tanya satu soalan berkaitan peraduan. Soalannya "Namakan penganjur peraduan ini?" Saya teragak-agak jawab, "Safi...er...er.....: Terus dia cakap, "Takpe, biar I jawab bagi you. Jawapan dia Safi Balqis".

Entah apa-apa saya ni. Nasib baik dia tak tarikh balik kemenangan. Kalau tidak...nangis tak berlagu.

Di bawah adalah senarai pemenang untuk Peraduan Sempurnakan Aidilfitri Bersama Safi untuk bulan Julai. Saya yang nombor 4 tu. Dikenalpasti berdasarkan nombor kad pengenalan. Tapi nama yang tercatat amat memusykilkan. 


Ini dia ceknya. Baru pergi bank-in semalam.


Baru menang RM300.00 saya dah sengih sampai ke telinga. Bayangkan seorang sahabat, menang RM150 ribu. Pergh..... kalau saya tak tidur tiga hari tiga malam kot.

Bawang Borong

Bila dah rajin masak, kadang-kadang boring asyik-asyik kena beli bawang. Last-last terfikir untuk beli bawang dalam kuantiti yang banyak, buat stok. 

Terjumpa kedai jual bawang borong (sebelah klinik Penawar, Permatang Pauh). Mula-mula dulu saya ke kedai tu untuk beli telur sepapan sahaja. Anak-anak di rumah kuat makan telur. Sekarang berjangkit beli bawang pula.


Ini bawang yang baru-baru ni di beli. Tapi bukan saya pakai semuanya. Separuh saya beri kepada emak. Harga pun murah. Bab-bab dapat berjimat ni memang saya suka!

Friday, September 20, 2013

Makan Besar Di Hotel Sunway Georgetown, Pulau Pinang

Hari Sabtu lepas kami sekeluarga sakan berjalan dari pagi sampai ke malam. Pergi kenduri, jalan-jalan di Penang sambil shopping buku dan last sekali makan besar di Hotel Sunway Georgetown, Pulau Pinang.

Makan di situ saya gunakan voucher yang dimenangi dari peraduan Father's Day anjuran Facebook Astutexperience. Cuma perlu bayar untuk Haziq Fahmi. Hadif Syahmi dan Hana Alesya percuma. Kami sampai di Hotel Sunway elok sikit lagi nak masuk waktu Maghrib. Solat dahulu lepas tu baru pergi makan. Waktu dinner di sini adalah dari jam 7 malam sehingga 10 malam. 

Pilihan makanan banyak juga. Tapi saya tak ambil gambar sebab sibuk melayan anak-anak ambil makanan.






Orang pun boleh tahan ramai juga.


Eeee...sukenye die!


Haziq memang makan bersungguh-sungguh. Tak rugi bawa makan di hotel.



Hadif jenis tak makan banyak. Asal kenyang perut mulalah buat muka boring.


Anak-anak berhenti makan dan main game di iPad.



Lepas tu sambung makan aiskrim pula. Entah berapa kali ulang makan aiskrim entahlah.






Sambil makan dapat tonton perlawanan akhir Malaysia melawan Myanmar. Huzein memang peminat setia bola. Sesekali terkejut bila dia jerit gol.


Tu dia muka orang tengah concentrate tengok bola. Time-time macam ni memang dia tak suka diganggu.


Lebih kurang 10 minit sebelum jam 10.00 malam, kami pun beredar. Seronok pula sesekali lepak dan makan dengan relaks di hotel.

Thursday, September 19, 2013

Kasihnya Ibu

Motif tiba-tiba ambil gambar tupperware dan sudu?

Semalam saya tidur di rumah mak sebab Huzein tiada. Pagi tadi mak saya masak bihun goreng. Dalam sibuk uruskan persiapan anak-anak nak ke sekolah, mak dah siap-siap tapaukan bihun untuk saya. Siap letak dalam plastik dan letak sudu lagi.

Rasa macam dulu-dulu bawa bekal masa nak pergi sekolah pun ada. 


Terima kasih mak!

Dutch Lady Redemption

Hadiah utama untuk Peraduan Tebus & Menang Dutch Lady adalah RM10,000.00. Tapi memang tak mengharaplah menang sebab barkod yang ada sedikit sahaja. 


Jadi barkod yang ada cuma dihantar untuk redeem tuala dan payung. Itupun dapat tebus sikit sahaja. Oklah, janji dapat sebab eksklusif, tiada dijual di mana-mana. Saya dapat redeem 2 tuala dan 1 payung. 


Tuala memang comel. Warna birunya memang terserlah.


Ini payung.


Close up sikit.


Redemption voucher KFC/Pizzahut RM30.00 ini saya buat melalui laman web Dutch Lady Smart Moments. Kumpul barkod susu membesar Dutch Lady dan boleh ditukarkan dengan point. Jumlah point yang ada boleh tukar dengan macam-macam barang ataupun voucher. Point saya ada sedikit sahaja. Maklumlah anak sudah besar dan kurang minum susu jadi tak dapat lagi nak kumpul barkod banyak-banyak.


Weekend ni boleh terjah KFC/Pizzahut. Belanja anak-anak makan. Er...memang tak cukup dan kena tambah duit sebab keluarga saya besar. Tapi sekurang-kurangnya saya cuma bayar separuh dari harga yang dikenakan. Jimat bukan!

Update Hadiah Lagi

Diri jadi super pemalas sampai malas nak update blog. Ambil gambar untuk update blog apatah lagi. Sebelum pemalas menjadi super mega, mari update laju-laju.

Mula-mula nak update hadiah. Hadiah ada yang dah dapat lama dan ada yang dapat dalam minggu ini. Jom tengok!

Hadiah 3 pek diapers dan 3 botol Comfort dari peraduan di Facebook Comfort. Hadiah saguhati saja. Yang memang hadiah utama boleh dapat gelang bling bling. Rezeki saya cuma ini sahaja. 



Skinz UVW Perfect White BB Cream dari Facebook Skinz. Jawab soalan laju-laju terus dapat hadiah.



Hamper Bio-Essence dari majalah Female.


Produk Safi Rania Diamond dari majalah Eh!


Produk Elizabeth Arden dari majalah. Terlupa pula dari majalah mana. Boleh gitu?


Produk Sunplay, hadiah dari majalah juga. Dan terlupa dari majalah mana juga.


Voucher Tesco bernilai RM50.00. Gambar voucher terlupa nak ambil. Sudah habis belanja di Tesco buat beli beras dan minyak. Kira sikit tu dapat RM50.00. Ada kawan yang dapat sampai RM200.00. Memang jimat belanja dapur.


Hadiah misteri dari Facebook Johnson & Johnson. Misterilah sangatkan......


Hadiah yang sama saya dapat dari peraduan Fujifilm Print Your Best Moment Contest 2013. Kali ini atas nama Huzein. Pilih gambar untuk buat photobook 10 muka pun sangatlah susah sebab semua gambar kalau boleh nak sumbat dalam tu. Nanti dah siap hasilnya, saya kongsi ok.


Ok, itu saja. Masih lagi menanti hadiah kecil-kecilan sampai. Hadiah besar memang tak ada sebab masa bulan puasa hari tu sangatlah pemalas masuk contest. Sekian.

Monday, September 9, 2013

Hujung Minggu Di Perpustakaan Seberang Jaya

Aktiviti tanpa perancangan. Tiba-tiba Huzein ajak kami semua ke Perpustakaan Seberang Jaya. Anak-anak memang seronok. Haziq dan Hadif dah pernah ikut Huzein ke perpustakaan sebelum ini. Seronoknya sebab di sini ada tempat permainan kanak-kanak dan bilik khas untuk main game!

Kami ambil satu bilik perbincangan untuk kami satu keluarga lepak. Kalau duduk di luar harus bising dan menggangu orang lain.

Tengoklah anak-anak yang konon rajin belajar. Cuma bertahan dalam 20 minit, kemudian ajak turun sebab nak main game. 


Huzein entah boleh concentrate buat kerja atau tidak. Anak-anak sibuk bertanya itu dan ini. Kemudian main-main dalam bilik tu.


Saya sibuk isi borang contest. Lega, dapat juga isi banyak. Kalau di rumah ada macam-macam gangguan termasuk malas :D


Hana Alesya hentam warnakan gambar dalam majalah Aulad yang di bawa dari rumah dengan pensel. Apa sajalah Hana, asal kamu duduk diam dan tak bising.


Sebenarnya pada hari kami datang ada Karnival Perpustakaan Di Hatiku. Ada macam-macam program termasuk peraduan mewarna, pertandingan bercerita dan jualan. Ada artis juga datang, Hafiz Hamidon. Tapi malas nak jenguk tengok sebab ramai sangat orang.


Kebetulan masa kami turun ke tempat permainan kanak-kanak ada maskot A&W datang. Sempatlah Haziq, Hadif dan Hana Alesya bergambar bersama maskot.


Perpustakaan Seberang Jaya kalau hari minggu macam ni memang ramai sangat orang. Kalau nak belajar, saya rasa bukan tempat yang sesuai kalau hari minggu. Lebih-lebih lagi kalau ada karnival/aktiviti yang berlansung. Orang makinlah bertambah ramai.

Selain Perpustakaan Seberang Jaya, kadang-kadang saya bawa juga anak-anak ke Perpustakaan di Jusco Seberang Perai. Perpustakaan di Jusco kurang sikit pengunjungnya. Bawalah anak-anak ke perpustakaan. Aktiviti yang menyeronokkan bersama dengan anak-anak dan percuma!

Hadiah Lepas Raya!

Macam tak sesuai saja tajuk sebab Raya pun dah habis. Lepas Raya boleh tahan jugalah hadiah yang sampai walaupun kecil-kecil saja. Tapi asyik lupa nak ambil gambar. Jadi yang mana sempat saya sajikan dulu. Yang lain kemudianlah ye.....

Voucher RM100 dari Maju Junction Mall untuk peraduan My Dad & I.


Ini rupa vouchernya. Tapi saya sudah sedekahkan pada kawan yang tolong ambilkan hadiah ini sebab tarikh lupusnya tinggal beberapa hari saja lagi.


Kad Starbucks dengan nilai RM10.00 sahaja. Tapi kalau register online boleh dapat minuman percuma. Sebenarnya saya sudah ada kad Starbucks, jadi kad ini saya registerkan atas nama suami.


Make-up Remover jenama Shaklee hadiah dari majalah Wanita. Tiba-tiba saja dihantar ke pejabat saya.


Cek RM100 dari peraduan Father's Day anjuran Facebook Jacker. Sudah selamat masuk ke dalam bank.


Photobook dari Peraduan Fujifilm Print Your Best Moment Contest. Saya menang hadiah bulanan. Jenuh jugalah nak pilih gambar untuk buat photobook walaupun hanya 10 muka sahaja.


Ok, itu saja yang sempat saya ambil gambar. Yang lain nanti saya masukkan dalam entry lain. Terima kasih kerana sudi membaca :D