Thursday, October 24, 2013

Istimewa Untuk Ibu Hamil

Entry kali ini khas untuk ibu-ibu hamil yang nakkan hadiah percuma. Kalau anda sedang hamil, silalah mendaftarkan diri di laman web Prumy Child dengan menghantar gambar anda yang sedang hamil ataupun gambar hasil scan baby anda. Jangan lupa nyatakan hasrat anda kepada baby yang bakal lahir itu juga. 


Gambar yang dihantar akan dipaparkan di laman web tersebut. Jenuh juga saya korek cari gambar yang saya sendiri hantar, tapi tak jumpa.


Dan yang paling best, ibu-ibu terpilih akan dihadiahkan dengan tummy phone. Saya punya dah sampai. Yeay!


Inilah tummy phone yang saya dapat. Warna merah lagi.


Siap ada cop Prudential lagi.


Cepat-cepat hantar tau. Terhad untuk 3,000 bakal ibu sahaja.

Wednesday, October 23, 2013

Minum Milo Anda Dapat Emas!

Agaknya kalau boleh diekspresikan wajah saya bila terima berita kemenangan ini, mungkin gaya saya lebih kurang macam hero di bawah ini. 

Happy sangat-sangat! Baru nak merajuk dengan Milo, tiba-tiba tengok nama saya ada dalam senarai pemenang minggu kedua. Alhamdulillah, kira ini hadiah hari lahir saya yang sudah lepas beberapa hari. 

Walaupun memang hadiah mingguan sahaja, saya suka sangat sebab hadiahnya voucher barangan kemas bernilai RM1,000.00.


Peraduan ini masih lagi berlansung. Kalau berminat untuk turut serta boleh tengok syarat-syarat penyertaan dan juga borang di website Milo.

Hadiah mingguan pun menarik, apatah lagi Hadiah Utama. Boleh menang emas 1kg. Larat dengan tak larat nak bawa balik saja.

Good luck!

Oh! Haley

Saya sudah ada 4 pasang Haley dalam koleksi, tapi saya masih lagi gatal tangan nak beli. Haley dari Thepoplook ni cantik sangat. Sesuai pakai jalan-jalan dan juga ke pejabat. Walaupun sekarang mengandung sudah 5 bulan lebih, tapi saya masih lagi muat pakai Haley. 

Tapi malangnya, dalam minggu ini sudah 2 kali Haley dijual di website Thepoplook saya tak dapat nak beli. Susah sangat nak beli Haley sekarang. Semua orang berebut-rebut nak beli sampaikan jem website Thepoplook. Akhirnya semua baju pun out of stock. *nanges*


Kalau boleh saya nak sangat warna hitam sebab senang nak dipadankan dengan semua warna seluar yang ada.


Warna brick pun cun juga. Aduh!


Tapi, apakan daya. Semua orang berebut-rebut nak dapatkan Haley. Kalau ada rezeki, harus saya dapatkan lagi nanti. 

Tuesday, October 22, 2013

Sambutan Hari Lahir: Tiada Lagi Makan Malam Yang Indah

Sempena hari lahir saya dan Haziq bulan Oktober ini, kami sekeluarga pergi makan-makan di Puncak Mutiara Cafe. Haziq yang pilih untuk makan di sini. Biasanya kami ke sini untuk makan malam. Tapi, kali ini kami pergi time lunch. Hujan turun agak lebat pada hari itu. Seperti biasa, kami akan pilih untuk duduk makan bersila di dalam pondok. 

Kali ini, Haziq tak order Chicken Chop seperti selalu. Dia minta Lamb Chop. Tengok tu, penuh bersemangat nak makan Lamb Chop. 


Hana Alesya pun bersemangat nak makan Lamb Chop. Sudahnya Huzein yang kena habiskan sebab dia dah kenyang curi-curi makan Arnab Grill Huzein punya. Hadif pilih untuk makan Chicken Wings.


Tu dia, punyalah berselerak meja makan kami. Janji semua makanan di habiskan. Biasalah bila keluarga besar macam ni, mana ada tersusun teratur bagai.



Bila dah kenyang makan, anak-anak sibuk main air hujan di luar pondok. Nampak tu Cikgu Abah (gelaran anak-anak pada Huzein bila dia garang; bila masa abahnya jadi cikgu pun tak tahulah) tengah warning jangan main air hujan.


Kalau berdua mungkin sambutan hari lahir diraikan dengan makan malam bersaksikan cahaya lilin. Kononlahkan. Sekarang dengan anak-anak itu semua hanya dalam mimpi saja.

Mungkin saya merindui zaman makan dengan aman damai dan menikmati makanan dengan penuh perasaan. Tetapi saya lebih bahagia sekarang kerana saya ada suami dan anak-anak. Walaupun kadang-kadang sedikit huru-hara, tetapi itulah yang memeriahkan hidup saya.

Friday, October 18, 2013

Di Hari Lahirku

Today is my birthday! Dah tua-tua macam ni dah tak berapa excited nak sambut birthday.

Alhamdulillah, syukur saya masih lagi bernyawa di usia 35 tahun ini. Terima kasih pada kawan-kawan yang memberi ucapan dan mendoakan saya. 


Gigih-gigih update berkenaan diri saya di blog hari ini. Sesungguhnya saya sangat teruja bakal bergelar ibu kepada 4 orang anak. Tahun depan bertambah seorang lagi insan yang akan menyayangi diri saya.


Doakan yang terbaik untuk saya. Terima kasih!

2 Ketul Hadiah

Hadiah 2 ketul ini saya dapat dalam minggu lepas dan minggu ini. Hadiah yang lain, saya dah buat dalam post yang lain tapi yang ini nak share juga sebagai kenangan.

Beg sekolah dari Power Panda Emborg. Rasanya dari contest share & win di Facebook. Sudah lupa...hahahahaha. Tiba-tiba dapat emel kata menang.



Ini voucher aiskim King's yang boleh ditebus dia Giant. Menang dari contest share & win di Facebook juga. Tak sabar nak makan aiskrim percuma.


Ok, itu saja. Sekian.

Thursday, October 17, 2013

My Baby

Saya nak share hasil scan gambar baby bersama dengan Dr. Fawziah di KPJ Bandar Perda. Teruja tengok baby dan hati pun rasa lega bila doktor kata baby tak ada sebarang masalah. 


Baby duduk mengadap uri dan sangat aktif bergerak. Doktor nak scan untuk dapatkan muka penuh pun susah.


Kata doktor 90% baby ini adalah lelaki. Saya tak kisah sangat sebab saya sudah pun ada anak lelaki dan perempuan. Yang paling penting baby sihat dan tidak ada sebarang masalah.

Wednesday, October 16, 2013

Aidiladha 2013: Kenangan Di Masjid

Hari Raya Haji tahun ini saya beraya dulu di Ipoh, di rumah mertua saya. Tahun ini mak dan bapa mertua saya turut serta dalam acara korban yang diadakan di masjid berdekatan rumah.


Orang memang ramai di masjid maklumlah tahun ini sahaja di masjid ini berbelas ekor lembu dikorbankan. Masa ni semua orang tengah tengok lembu dikorbankan. Saya memang tak berani nak pergi dekat-dekat.


Lembu di belakang Haziq adalah lembu korban bahagian Atok dan Opahnya. Sudah selamat dikorbankan dan sedang menunggu untuk sesi melapah dan dibahagi-bahagikan.


Memang ramai yang turun padang untuk membantu melapah dan membahagi-bahagikan daging lembu.


Ini kepala lembu yang telah siap dilapah. Tersusun elok pulak tu.


Saya dan anak-anak bergambar bersama Atok dan Opah. Kali ini saya tak dapat pakai baju raya sebab tak muat. Pakai baju mengandung zaman saya mengandungkan Haziq dulu.


Penat berdiri, saya ke masjid dan duduk di tangga masjid. Hana Alesya sibuk nak berposing bagai.



Huzein yang tak berapa nak redho diambil gambar. Dia memang tak suka bergambar.


Lepas Zohor kami sekeluarga pulang ke Penang untuk berhari raya bersama mak saya pula.

Penyampaian Hadiah Peraduan Mencari Dan Menang Anjuran FAMA Pulau Pinang

Minggu lepas saya telah dijemput ke penyampaian hadiah dalam Peraduan Mencari dan Menang anjuran FAMA Pulau Pinang. Acara diadakan sekali dengan perasmian Karnival 1 Malaysia Best Wilayah Utara di AEON Jusco, Bandar Perda.

Seramai 5 pemenang utama telah dipilih dan hadiah diberi berdasarkan cabutan bertuah. Memang suspen sebab tak tahu saya bakal menang hadiah yang mana satu. 


Acara bermula pada jam 3.00 petang dan perasmian dibuat oleh YBhb. Tan Sri Dato' Paduka Hj. Badruddin Aminudin, Pengerusi FAMA.


Selain acara pentas (termasuk kuiz, peraduan mewarna dan lain-lain lagi), ada juga gerai-gerai yang menawarkan produk buatan Malaysia dibuka. Boleh beli produk-produk tersebut dengan harga murah daripada biasa.


Saya ke AEON Jusco, Bandar Perda ditemani oleh Huzein selaku jurugambar peribadi.....hehehehehe dan Hana Alesya.


Budak comel seorang ni memang tak boleh duduk diam.


Acara dimulakan dengan perasmian. Nasib baik tak ada ucapan panjang-panjang. Kalau tidak mesti boring.



Habis saja perasmian, terus diadakan penyampaian hadiah. Apabila cabutan dibuat, saya telah memangi sebuah kamera Samsung.



Inilah abang yang bertuah dapat TV. Slogan yang dia buat pun memang menarik.


DJ sepanjang acara adalah salah seorang peserta musim lepas Raja Lawak. Saya tak ingat nama dia.


Hana Alesya sibuk nak posing dengan hadiah yang saya dapat. Bukan main lagi, macam dia yang menang.


Ini dia pemenang yang sebenar. Aduh! Perut nampak begitu besar walaupun baru 5 bulan lebih.


Semua pemenang juga diberikan satu beg berisi produk-produk keluaran AgroMas. Boleh tahan banyak juga barang yang ada di dalam beg.



Ini goodie bag yang diberikan kepada semua yang menonton upacara perasmian. Saya pun diberikan satu juga.


Sebelum balik, kami melihat-lihat produk yang dijual di karnival ini. Banyak produk yang menarik. Salah satu yang saya beli adalah tablet ikan haruan ini. Boleh  makan masa dalam pantang nanti.


Sampai sekarang belum sempat nak godek-godek lagi kamera sebab sibuk dengan anak-anak exam dan Hari Raya Haji. Nanti bolehlah bawa bercuti ke Langkawi.

Memang tak sabar nak ke Langkawi. Saya sudah confirmkan tarikh dengan pihak travel agent yang dilantik oleh Friso. Lagi lega sebab tak perlu tambah duit; saya bawa lebih seorang anak kerana pakej yang saya menangi cuma untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Pakej yang diberi pun bagi saya sangat mewah. Kalau saya pergi sendiri, rasanya ambil ikut bajet saja. Alhamdulillah, tak sabar nak bawa anak-anak bercuti!

Wednesday, October 9, 2013

Happy Birthday Haziq Fahmi

Patutnya semalam saya postkan entry ini tapi sibuk-sibuk terlupa pula. Maafkan ibu Haziq.

Semalam, 8 Oktober 1013 genap umur Haziq Fahmi 8 tahun. Tapi awal-awal lagi dah pesan pada dia, kami sekeluarga akan celebrate weekend nanti. Sebabnya minggu ni Haziq sibuk dengan peperiksaan akhir tahun. Harap keputusan kali ini bagus dan dia akan kekal di kelas pertama. 


Happy Birthday Haziq Fahmi! Impian ibu nak lihat kamu berjaya di dunia dan akhirat. Nanti bulan depan ibu bawa jalan-jalan ke Langkawi.

Monday, October 7, 2013

Debaran Minggu Ini

Minggu ini penuh dengan debaran. Tak sabar tunggu hari Khamis ini sebab saya ada temujanji dengan Dr. Fawziah di KPJ Bandar Perda, Bukit Mertajam. Hampir 4 tahun tak jumpa Dr. Fawziah. Iyalah, biasanya saya jumpa dia masa mengandung sahaja.  

Harapnya bila jumpa doktor hari tu, scan dah boleh nampak jantina baby. Senang nak buat persediaan. Baju-baju lama banyak yang masih elok lagi. Cuma kalau dah tahu jantina senang nak asingkan baju baby boy dengan girl. Kalau baby girl boleh pakai semuanya. Kalau baby boy, takkan nak sarungkan baju yang bercirikan girl. Kesian baby. Kalau nak beli baju, maybe beli sikit saja untuk pakai jalan-jalan.

Cerita pasal debaran, hari Khamis ini juga sebelah petang saya telah dijemput untuk penyampaian hadiah untuk Peraduan Mencari dan Menang. Peraduan ini adalah anjuran FAMA Pulau Pinang. Saya cuma hantar 2 penyertaan dan tak berharap untuk menang. Bila dapat panggilan telefon dari FAMA rasa nak lompat tinggi-tinggi sebab saya tersenarai antara 5 orang pemenang hadiah utama. Hadiah akan diberi secara cabutan bertuah pada majlis tersebut. Hadiah utama adalah TV, telefon dan kamera.


Dapat mana-mana satu hadiah pun ok bagi saya sebab semua itu rezeki. Wah, memang tak sabar tunggu hari Khamis ni!

Friday, October 4, 2013

Menang Hadiah Dari Friso!

Semenjak jarang buka Facebook ni jarang dapat aktif masuk peraduan-peraduan yang dianjurkan di Facebook. Sangat happy kelmarin bila dapat tahu menang Grand Prize untuk peraduan anjuran Friso di Facebook. Itupun bila kawan-kawan ucap tahniah baru tahu.


Mula-mula ingat tersenarai untuk pemenang mingguan sahaja. Hadiah mingguan kalau tak silap saya photobook. Tiba-tiba bila diumumkan menang Grand Prize rasa nak pengsan pun ada sebab tak menaruh harapan. Bila menang rasa sangat berbaloi sebab peraduan ni tak mengeluarkan belanja sedikit pun. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat!

Hadiah untuk Grand Prize ini bernilai RM4,500 iaitu pakej 3D/2N untuk sekeluarga (4 orang) ke The Westin Langkawi Resort & Spa.

Rasa tak sabar pula nak pergi jalan-jalan ke Langkawi tapi bila fikir dengan perut yang memboyot ini, larat lagikah saya?