Friday, November 29, 2013

Bye Bye Bye

Wah, bukan main lagi. Siap BYE lagi tu!


Esok saya akan mula bercuti selama 2 minggu. 16 November baru masuk kerja balik. Saya ke Australia bersama Huzein dan anak-anak. Malam esok baru bertolak.

Baju pun tak habis kemas lagi. Dokumen ke Australia termasuk visa semua dah settle. Tak lupa juga surat kebenaran untuk saya yang sudah masuk 7 bulan mengandung ini naik kapalterbang. Karang kena halau, maunya nangis kena tinggal.

Ok, bye semua. Doakan keselamatan dan kesihatan saya sepanjang berapa di sana. Terima kasih!

Jom Main Boling!

Alang-alang kami semua sudah berada di Sungai Petani, Huzein ajak saya bawa anak-anak main boling. Tempatnya bersebelahan dengan Hotel Park Avenue. Orang pun tak ramai sangat. 

Yang main cuma anak-anak. Huzein jadi pemerhati dan saya tukang ambil gambar sahaja. Malas nak main.


Anak-anak memang excited nak main.


Hana Alesya bukan larat sangat angkat bola boling. Tapi penuh bersemangat nak main.


Ustaz kecik ni pun bukan main lagi. Kadang-kadang gaya saja lebih, tapi bola masuk longkang.





Haziq saja yang dah pandai sedikit main boling. Kalau main selalu mungkin boleh diperbaiki cara permainannya.


Memandangkan semua tak pandai sangat main, jadi permainan tamat awal. Lega sebab boleh balik cepat... hehehehehe......

Teater Muzikal Aladdin

Untuk persembahan akhir tahun, Tadika Khalifah Intelek telah mengadakan Teater Muzikal Aladdin. Sebagai memberi sokongan kepada Hadif Syahmi, kami satu keluarga pergi menonton. Teater Muzikal Aladdin ini diadakan di Hotel Park Avenue, Sungai Petani. Lepas Zohor, kami bertolak ke Sungai Petani, ikut highway dekat saja dari rumah. 


Sampai di hotel, boleh tengok banner berkenaan teater ini terbentang.


Terus naik atas ke dewan.



Masa kami sampai, dewan hampir penuh. Boleh tahan ramai juga yang datang memberi sokongan kepada anak-anak.



Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Puan Atikah, Pengurus Tadika Khalifah Intelek.


Selepas itu, ceramah motivasi. Nama penceramah saya tak ingat, tapi memang best ceramah yang disampaikan.


Haziq pun seronok ikut apa yang diajarkan oleh penceramah.


Habis ceramah, barulah teater dimulakan. Di dalam teater ini, Hadif Syahmi memegang watak sebagai Tentera Aladdin.


Pelakon utama untuk watak Aladdin dan Puteri Jasmin adalah pelajar 6 tahun.



Hana Alesya kusyuk betul menonton.


Gambar kemunculan Hadif dan kawan-kawan sebagai tentera Aladdin saya tengok tiada di dalam kamera. Rupa-rupanya Huzein ambil video.

Selepas tamat persembahan, semua pelajar bersama cikgu yang membimbing diminta naik ke pentas.


Hadif dan kawan-kawan  bersama Cikgu Ida. Comel betul costume yang mereka pakai.


Sempat lagi buat 'peace' bila nampak abahnya ambil gambar.






Selesai semuanya, barulah acara makan-makan. Lupa pula nak ambil gambar makanan. Makanan dihidangkan secara buffet. Makanan memang banyak dan pelbagai termasuklah nasi goreng, spagetti, dim sum, pelbagai jenis pencuci mulut, mee kuah, bubur kacang, rojak, pasembur, ais kacang........ tu dia. Ada lagi yang belum masuk list lagi tu.

Lepas makan anak-anak sibuk naik ke pentas ambil belon. Macam-macam aksi pun ada.






Hana Alesya berangan jadi model. Macam-macam pose dia beri. Huzein pun layan ambil gambar.





Ibu pun nak ambil gambar juga. Walaupun rupa sekarang tak berapa cun, tak kira nak ambil juga.




Di luar, cikgu bertugas ambil nama mereka yang berminat untuk membeli CD untuk teater ini. Kalau tak buat booking, tak dapat CD. Saya suruh Hadif beri nama dan bayar sendiri.




Tahun depan, kata cikgu Hadif, tadika akan mengadakan persembahan Teater Si Tanggang pula. Wah, bukan main lagi!

Wednesday, November 27, 2013

Tahniah Haziq Fahmi!

Awal tahun 2013, saya telah mendaftarkan Haziq untuk mengikuti Program Be EZ di AMPAC Pulau Pinang. 

Minggu lepas, 23 November 2013 adalah hari terakhir program tersebut. Diadakan acara pidato dan juga majlis perpisahan. Semua ibubapa juga dijemput hadir sama. 


Acara dimulakan dengan kata aluan oleh Encik Ahmad Baahir, Pengurus AMPAC Pulau Pinang.


Semua pelajar yang mendaftar sama batch dengan Haziq dijemput naik ke pentas. Paling kecil berumur 7 tahun dan paling besar, 12 tahun. Semua pelajar akan menunjukkan bakat berpidato pada malam tersebut. Pidatonya pun tidaklah panjang sangat.  Tujuan utama acara pidato ini diadakan adalah untuk memberi keyakinan dan keberanian kepada semua pelajar bercakap di depan orang ramai.




Giliran Haziq berpidato. Mula-mula macam malu-malu, mata asyik tengok pada mikrofon saja. Lepas beberapa saat baru dia berani angkat muka dan tengok semua yang hadir di depan.



Lepas habis berpidato, pelajar akan diberi komen bahagian mana yang perlu diperbaiki.



Habis acara pidato, semua meraikan hari lahir salah seorang jurulatih di situ.


Akhir sekali, semua pelajar diberikan sijil penyertaan dan ada acara makan-makan selepas itu.


Tahniah Haziq Fahmi! Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada Haziq. Maklumlah dia lebih pendiam dan pemalu jika dibandingkan dengan adik-adiknya.