Monday, December 30, 2013

Australia: Emu Bay Lavender, Kangaroo Island

Hari kedua di Kangaroo Island, pagi-pagi lagi kami keluar ke kebun lavender, Emu Bay Lavender. Klasik betul papan tandanya. 



Ish, motif pakai topi? Bila tengok gambar ni terasa diri sungguh tidak lawa!


Kebunnya kecil sahaja. Masa Huzein kata kami semua akan singgah di kebun lavender, hati berbunga-bunga teringat kebun bunga macam cerita Hindustan. Bunga-bunganya tinggi dan orang pun boleh menyorok di celah-celahan bunga. Bila dah sampai......



Jadilah, merasa juga bergambar dengan pokok bunga lavender yang sebenar.




Gambar kami sekeluarga diambil oleh pelancong German. Huzien ni peramah betul, macam-macam disembangnya. Maklumlah orang pernah sampai ke German.



Keadaan sekitar kebun lavender. Tak ada orang jaga pun. Mungkin masih di dalam rumah dan tengah tidur...hahahahaha.....maklumlah masih awal pagi.


Lavender yang ditanam juga diasingkan dan dinamakan mengikut jenis.









Sekejap saja kami di sini. Di sini juga ada jual aiskrim lavender. Tapi masih awal pagi dan sejuk pula tu, takkan nak makan aiskrim. Jadi, marilah kita ke tempat lain.

Australia: Semalam Di Kangaroo Island

Letih berjalan kami ke hotel penginapan kami. Kami menginap di Kangaroo Island Seasied Inn. Ada 1 katil double dan 2 katil single. 1 katil tambahan juga diberikan. Jadi semua orang dapat tidur atas katil, yeay!




Lepas berehat dan sebagainya, kami keluar lagi. Tujuannya untuk tengok kawasan sekitar dan mencari tempat untuk BBQ.

Kami singgah di Kingscote Mooring Jetty. Dapat tengok burung-burung laut yang sedang bersantai secara dekat.













Saya bergambar dengan muka kepenatan juga kesejukan. Anak-anak masih lagi cergas aktif.






Ada Pusat Penguin di sini tapi tak nampak pun peguin. Rasanya banyak peguin telah pupus akibat di makan anjing laut.




Kami naik ke atas bukit sebab pihak hotel inform di sini ada satu tempat untuk BBQ. Tapi tempat BBQnya tidak kami jumpa. Jadi, ambil gambar sajalah.








Akhirnya kami jumpa satu berdekatan taman permainan. Anak-anak main, saya dan Huzien bakar ayam dan daging yang kami bawa.


Masukkan duit dan elektrik akan menyala dengan sendirinya.


Semua ayam dan daging kami balut kemas-kemas dengan tin aluminium atas faktor kebersihan dan juga halal. Maklumlah tempat awam, semua orang guna dan macam-macam di masak di atas tu. Bila dah balut macam ni dah tak jadi BBQ. Takpelah, janji semua habis kami bedal sebab lapar.


Esok paginya, awal-awal lagi kami bersiap. Sarapan pagi itu adalah Maggi Hot Cup yang sangat sedap, telur yang direbus di dalam cerek, roti bersama Nutella dan air teh.


Maggi Hot Cup kami bawa dari Malaysia. Kalau dekat Malaysia, pandang pun tidak rasanya. Di sini, jadi sedap tak terkata, makan hingga titisan terakhir.