Friday, January 3, 2014

Australia: Dari Kangaroo Island Ke Victor Habour

Ini semasa kami dalam perjalanan ke Victor Habour.  Huzein kata, permandangan macam dekat New Zealand. Memang cantik!





Sudah sampai. Sampai saja anak-anak tengok tempat fun fair ni. Nasib baik tak buka lagi, kalau tidak parah.





Singgah main dekat sini sudahlah ye! Free.







Keretapi yang di bawa oleh kuda sampai. Kalau nak ronda-ronda di pulau seberang sana, boleh naik keretapi ini. Tapi ada waktu tertentu.



Singgah tengok kuda dulu.


Kuda pun malas nak layan.


Itulah pulau yang saya maksudkan. Nak pergi ke sana boleh naik keretapi yang di bawa oleh kuda ataupun berjalan kaki.






Jauhnya! Kami berjalan kaki sampai ke sana.



Letih tau! Tapi jalan jugalah, bukan ada orang nak dukung.




Anak-anak saja yang tak reti penat.




Penat berjalan boleh berhenti rehat sekejap.


Kalau tak larat juga boleh minta abah dukungkan. Saya? Gemuklah siapa sudi nak dukung.


Sampai saja terus posing-posing ambil gambar. 





Memandangkan saya sudah letih, saya lepak-lepak saja. Huzein dan anak-anak meneruskan perjalanan dengan harapan dapat tengok peguin.












Tapi sayang, bayang peguin pun tak nampak. Jadi mereka semua pun berpatah balik ke tempat saya menunggu. Ambil gambar barang sekeping dua lagi dan marilah kita berjalan pulang.









Anak-anak sibuk minta syiling sebab nak buang ke dalam Wishing Well.


Hadif sambil buang duit, mulut terkumat-kamit berhajatkan PS4.



Kekonon happy, tapi sebenarnya saya nak angkat tangan pun dah tak larat.


Ada lagi aksi dari anak-anak. Saya sudah lari masuk ke dalam kereta.



Bahagianya hidup!

2 comments:

Lensaprima said...

Seronoknya dapat pi obersea...bila la dapat pi...

Aishah Megahasz said...

Dah sampai USS tu kira oversealah tu. Kak Aishah pun tak pernah sampai, masih dalam wish list.