Friday, January 3, 2014

Australia: Lagi Tempat Menarik Di Kangaroo Island

Ini antara tempat menarik lain yang ada di Kangaroo Island. Tempat-tempat ini cuma kami singgah untuk ambil gambar sahaja.

Mula-mula memang nak bawa anak-anak meluncur di sini, tapi kena pergi ambil papan luncur di tempat lain dan kembali semula ke sini untuk meluncur. Terus tak jadi. Rasa macam 2-3 kerja pula. Ambil gambar sajalah ye!






Ladang biri-biri. Nampak biri-biri togel sebab bulunya sudah diambil. Kami singgah ambil gambar sahaja. Itupun biri-biri buat muka cuak macam nak kena culik. Terus lari jauh-jauh tak lama lepas kami ambil gambar.





Ini tempat paling menarik pada saya. Ladang yang dinamakan Tanah Merah! Beberapa kali kami lalu berdekatan ladang ini. Akhirnya singgah juga untuk ambil gambar papan tanda bertulis Tanah Merah. Ingat di Malaysia saja ada?



American River. Ini pun kami singgah untuk ambil gambar sahaja. Tak tahu apa yang menarik di sini.



Kami singgah di Prospect Hill, tapi cuma Huzein saja yang naik ke atas untuk ambil gambar. Itupu separuh jalan. Saya dah penat, duduk dalam kereta sajalah.


Brown Beach ambil gambar papan tanda sahaja. Malas nak singgah sebab dah banyak sangat pergi beach. Boleh tak bagi alasan macam tu?


Kalau ada rezeki dan umur panjang, mungkin saya akan sampai lagi ke Kangaroo Island. Ikutkan 2 hari 1 malam tak cukup untuk terokai tempat ini. Kena tidur 2 malam baru puas. Apa-apapun ini satu pengalaman yang seronok walaupun penat. Penat sebab dari satu tempat ke satu tempat, perjalanannya jauh.

No comments: