Friday, January 3, 2014

Australia: Seal Bay, Kangaroo Island

Seal Bay adalah tempat terakhir yang kami lawati di Kangaroo Island. Lepas tu terpaksa bergegas ke jeti untuk naik feri pulang pada jam 2.30petang. 

Pakej yang kami ambil pun pakej tengok singa laut dari jauh. Kalau nak tengok dari dekat kena pergi bersama tourist guide, lagi mahal dan lagi ambil masa yang lama. 


Anak-anak melihat-lihat pameran di ruang legar berdekatan kaunter pendaftaran.





Ok, jom pergi tengok singat laut! Kawasan berpagar ini hanya untuk mereka yang pergi bersama tourist guide.



Nun jauh ke bawah. Boleh tahan mengah jugalah untuk sampai ke bawah.



Takpe, kita jalan perlahan-lahan.





Sedapnya dia tidur, tak peduli apa yang berlaku di sekeliling.


Rangka ikan paus yang sudah lama berada di sini.




Kawasan pantai ini memang banyak singa laut. Dapatlah tengok walaupun dari jauh.





Di bawah sana boleh nampak sekumpulan pelancong yang tengok singa laut bersama dengan tourist guide.


Anak-anak memang teruja.









Singa laut sesat. Jalan jauh-jauh cari siapa entah. Bising mulutnya memanggil-manggil.




Bye-bye singa laut. Saya nak balik, nak kejar feri. Takut terlepas.




Ho..ho...ho.....sikit punya penat panjat naik semula ke atas. Rasa macam nak minta dukung.





Jalan naik ke atas dan terus keluar. Tak pandang belakang dah. Takut terlambat dan tertinggal feri. Bye-bye Kangaroo Island. 

No comments: