Friday, January 3, 2014

Hadiah Penutup 2013

Hadiah menjadi semakin ciput kerana diri telah diserang penyakit pemalas. Ada masa lapang, tidur sajalah kerja saya. Kalau dulu bersengkang mata isi borang peraduan tengah malam buta pun tak ada masalah.

Ok, ciput pun nak update juga. Ini dari peraduan kedai buku Popular. Dapat hadiah saguhati saja, beg shopping. Tapi 2 kali nak pergi collect begnya tak ada. Sekali tu begnya sudah habis (saya rasa dicilok oleh staf di situ). Kali kedua senarai pemenang ada dengan orang lain dan orang lain itu sudah balik kerja. Marah ni tau! Nak dapat beg pun susah. Kalau TV, kereta, rumah, HP bla...bla...bla...saya bolehlah sabar. Tapi kena sabar jugalah. Bising-bising pun dapat penat saja. 


Hadiah saguhati atas nama saya dan Huzein untuk Peraduan Cornetto. Hadiahnya belum sampai.




Baucar Poh Kong RM1,000 dari Peraduan Milo. Belum sempat pergi tebus lagi. Hajat di hati nak dapatkan rantai tangan. 



Cek bernilai RM100 dari Peraduan Johnson's Baby Cooling Gel Lotion. Ini untuk saya. Atas nama Huzein pun ada juga.


Itu saja! Harapnya tahun depan penyakit pemalas sudah pergi jauh-jauh. Harapnya juga boleh menang hadiah lagi best. Amin.

7 comments:

Mama Zharfan said...

beshnya menang vou poh kong tu...me lom ada rezeki berbling2

Aty_Fared said...

wooooww..rezki:) seronok time dapat hadiah ni.. :)

anak Wan Salleh said...

tahniah.!

harrizam said...

Penutup dan pembuka tahun baru yg menarik...tahniah

yOn nOy said...

tahniah...
seronok tengok orang menang hadiah besar...

Wak Gelas said...

banyak giler hadiah tuuu.,tahniahhnyer makk.,

Aishah Megahasz said...

Terima kasih semua. Harapnya 2014 lebih banyak rezeki saya.