Thursday, January 9, 2014

Hana Alesya Mula Bersekolah

Tahun ini Haziq sudah masuk darjah 3. Tak ada banyak perubahan, cuma sekarang dia bersekolah pagi sahaja. Hadif pun tak banyak perubahan dan masih di tadika yang sama.

Cuma tahun ini Hana Alesya sudah mula bersekolah. Umur 5 tahun baru masuk tadika. Tadika pun sama dengan Hadif.  Memang bersemangat nak ke sekolah, lebih-lebih lagi bawa beg baru. Nasib baik tak demand nak beg princess bagai. Beg pun, beg yang saya dapat hadiah dari peraduan. Jimat belanja!




Macam-macam gaya dia beri bila saya nak ambil gambar. Yang pastinya memang manis sebab pakai tudung. Saya pun bekalkan tudung lain di dalam beg untuk pakai sehingga petang. Sudah boleh belajar pakai tudung sedikit demi sedikit. Baju-baju Hana Alesya pun kebelakangan ini saya beli yang berlengan panjang.

Semoga dia rajin belajar.

3 comments:

Wak Gelas said...

mugo2 jadik anak yg solehah jugakk.,aminn

Mohd Roshaidi said...

macam kenal je beg sekolah dia... :)

Aishah Megahasz said...

Amin...Insyallah.
Beg sekolah free...hahahhaha