Thursday, January 16, 2014

Petik Rambutan

Baru teringat nak share di dalam blog gambar yang saya ambil masa kami di kampung mengutip rambutan. Pokok rambutan di depan rumah mertua saya. Walaupun kecil, tapi buah lebat bukan main. Seronok anak-anak kutip rambutan yang dikait Huzein. 


Tengok tu, bestkan? Lagi best sebab lepas petik terus makan.


Tak boleh nak compare dengan pengalaman petik strawberi di Cameron Highlands/Australia sebab buah rambutan ini percuma sahaja. Tak perlu bayar apa-apa. Sedap dan percuma, kombinasi terbaik!