Monday, January 27, 2014

Restoran Qasar Hadramawt, Bandar Perda

Saya nak share satu restoran makanan Arab yang sedap di Bandar Perda, Bukit Mertajam. Kedai ini diperkenalkan oleh jiran saya di Kulim. Jenuh juga ronda nak mencari kedainya sebab agak tersorok sedikit. tapi bila dah jumpa, dah rasa makanannya, memang berbaloi.

Kalau tak silap saya, tukang masak di restoran ini adalah orang Yaman.



Kali pertama pergi, kami pergi sekeluarga. Menu yang kami pesan adalah Nasi Mandy (1kg) untuk makan sekeluarga dan juga roti yang dicicah dengan kuah ayam (Nama rotinya sudah lupa. Bab bagitau nama makanan ni yang lemah skit ni, suka lupa. Maklumlah urat sudah banyak putus). Rasa memang sedap dan menepati citarasa.


Nasi Mandy, cukup untuk kami sekeluarga makan.



Hadif buat muka boring sebab dia beria nak makan tapi kena tunggu sebab nak ambil gambar dulu.


Anak-anak makan penuh berselera. Habis licin semuanya.

Ok, bye. Nanti kami datang lagi.


Ini kunjungan kali kedua. Kali kedua saya datang bersama Huzein sahaja.




Kali ini saya dan Huzein pesan nasi ala-ala hujan panas ni. Pesan untuk seorang makan, tapi nasinya memang banyak, boleh kongsi berdua.


Hohohoho, roti tak ingat nama. Rotinya sedap tapi intinya bolehla...bolehla...... (seperti kata Jarjit dalam Upin & Ipin).


Kalau pergi malam rasanya lebih seronok sebab di luar restoran ada gerai-gerai kecil dibuka seperti pasar malam. Bagi saya menu-menu di sini lebih sedap dari Restoran Al-Araby yang terletak di Tesco Seberang Jaya.

Selamat mencuba!

6 comments:

ummie_mirahaziq said...

erm sedapnyer..kat ipoh pun der satu hadramawt...n der satu lagi nasi arab az zahra..terliur ibu mgandung ni nengok..harus terjah nnt

Aishah Megahasz said...

Makanan arab macam famous sekarang ni. Time macam nilah boleh makan sesungguh hati. Lepas tu nangis tengok badan sendiri.

Mama Zharfan said...

yum yum sedap

harrizam said...

Dah lama teringin nak pi situ...tapi tak sampai-sampai

Lensaprima said...

Sedap makan kat sini berbanding kat Tesco Seberabg Jaya. Puas makan...hehehehe

CikLily Putih said...

cam best nye...