Wednesday, February 12, 2014

Anak Abah

Hana Alesya memang anak abah. Sangat manja dengan Huzien. Dari kecil lagi dia suka sangat tidur atas perut Huzein. Sampailah sekarang, kalau tidur malam mesti nak tidur dengan abahnya. Kadang-kadang demand suruh peluk dan tak boleh pusing muka ke arah lain. Sambil tidur pun muka kena mengadap dia. Punyalah manja! Kalau Huzien ke Perlis, sebelum tidur mesti menangis tanya mana abah? Mulalah ibu nak 'menyinga'. 




Huzein pun memang rajin melayan dia. Maklumlah anak perempuan seorang. Yang bongsu pula tu. Kadang-kadang masa makan, Hana Alesya akan sibuk-sibuk cedokkan lauk ke dalam pinggan Huzein ataupun tanya nak air atau tidak. Memang jaga betullah abah kesayangan dia.










Lately suka sangat suruh Huzien dukung dia ala-ala koala macam gambar di bawah ni.




Nanti ada adik, Huzein kata Hana Alesya dah tak boleh tidur dengan abah sebab abah nak tidur dengan adik. Marah betul dia!

3 comments:

Mama Zharfan said...

gegirl memang close dgn daddy yer :) tak tahu sbb tak de pengalaman hahaha

maszatulnurulazida mansur said...

sob..sob..sob kmas pulak tolong sedih utk kakak alesya....pe'el nk jadik kakak..mcm anak kmas mula2 nangis lama2 dia sendiri panggil diri dier KAKAK.....alhamdulillah lega..

Aishah Megahasz said...

Suzie: Ha'ah, maklumlah anak perempuan sorang.

Kak Mas: Sekarang pun dia tak bagi Tok dia panggil Adik Cha, dia suruh panggil Kakak. Tapi jeles jugalah kalau bab-bab tidur dengan Abah ni.