Friday, February 7, 2014

Baby H Yang Tembam

Gambar scan baby yang paling terkini. Gambar tak berapa jelas sebab baby sangat aktif bergerak. Tak reti duduk diam sampai doktor nak ambil gambar dengan jelas pun susah.

Tapi nampak gambar baby sangat tembam, membesar bagai johan macam ibunya. 


Kenapa baby H? Memandangkan kesemua nama anak saya bermula dengan pangkal huruf H, insyallah baby pun akan dinamakan bermula dengan huruf H juga. Beberapa cadangan nama sudah ada cuma akan dipilih betul-betul selepas baby lahir.

Biasanya saya cari nama di laman web http://name.crazyartzone.com. Dulu-dulu ada juga saya rujuk di dalam buku, tapi entah ke mana bukunya. Cari di laman web lagi mudah, sebab nama baby diasingkan ikut jantina dan pangkal huruf. Makna nama baby juga disertakan. Jadi nak cantum nama pun senang, biar nama yang diberi elok maknanya.

3 comments:

Rozy said...

Baby H dah tahu jantina kaa belum ni? hehehe

Aishah Megahasz said...

Rozy: Dah tau dah. 90% boy...hehehehe

ummie_mirahaziq said...

hu..hu..baby H tu..sis dh dekat la yer nk bersalin...saya otw..bulan 5 ni..semoga selamat bersalin sis..