Tuesday, February 4, 2014

Bulan Terakhir Mengandung

Kalau diikutkan tarikh jangkaan bersalin, saya ada lebih kurang 3 minggu lagi. Hati berdebar-debar, takut dan ngeri bila ingat nak bersalin. Maklumlah Hana Alesya tahun ini sudah menginjak 5 tahun usianya. Macam dah lupa bagaimana sakit nak bersalin, tapi yang pastinya memang sakit. Siapa cakap tak sakit memang tipu!

Gambar di bawah diambil masa kandungan berusia 7 bulan lebih. Hampir tak nampak kaki. Sekarang memang dah tak nampak kaki kalau jenguk ke bawah. Terlindung dek besarnya perut. Maklumlah anak-anak saya biasanya lahir besar. Mesti 3kg ke atas. Paling besar, Hana Alesya, 3.6kg. Hasil scan baby pun nampak baby sangat tembam.


Bila baby besar, ibu pun haruslah membesar bagai johan. Kalau orang lain masa mengandung ada yang tidak berselera makan, saya makan tak ada masalah. Boleh makan apa saja. Bila tengok badan semasa mengandung dan bandingkan masa dengan masa sebelum mengandung, rasanya-rasanya boleh tak kembali ke bentuk asal? Ini kalau berpantang betul-betul mahunya kurus lagi ni (ceh, perasan!)



Harap berjayalah menguruskan badan sebab dalam hati bertekad nak berpantang betul-betul. 

Berpantang kali ini saya akan tinggal di rumah mak saya. Haziq, Hadif dan Hana Alesya akan diuruskan oleh Huzein sebab mereka bersekolah. Nak bertungku, berbengkung bagai kali ini tiadalah yang mengganggu. Kalau tidak, baru nak bertungku ada yang minta itu, minta ini. Belum apa-apa, tungku pun dah sejuk. 

Sekarang ni pun banyak keperluan anak-anak diuruskan oleh Huzein. Dialah yang memasak, cuci dan sidai baju, kemas rumah dan banyak lagilah kerja rumah yang dia buat. Nasib baik dia belum lagi bekerja, masih dalam proses akhir menyiapkan thesis. Saya sudah tidak larat. Terima kasih daun keladi!

Bulan terakhir mengandung, saya masih lagi pergi kerja. Itupun kadang-kadang rasa macam paksa diri datang kerja. Malas nak ambil cuti awal sebab ingat nanti boleh habiskan masa lebih banyak dengan baby atau mungkin boleh pergi holiday. Wah, belum apa-apa sudah fikir nak holiday! Dapat cuti 90hari, tolak hari berpantang memang banyak bakinya. 

Harapnya bersalin nanti segalanya dipermudahkan. Saya tiada masalah dan baby pun sihat. Doakan saya.

2 comments:

maszatulnurulazida mansur said...

Insya Allah ecah semoga dipermudahkan, selamat berpantang nanti yer...counting days....a day when u become A MOTHER OF 4 lovely kidss...(harta n saham akhirat tu)...

Mama Zharfan said...

moga segalanya berjln lancar..amiin