Tuesday, February 11, 2014

Keperluan Ibu & Baby Bersalin Di Hospital

Hari ini saya masih lagi gigih dan gagah ke tempat kerja. Bila perut rasa sakit sikit, mulalah rasa cuak. Adakah sudah tiba masanya? Serius takut! Sudah lupa bagaimana rasanya sakit bersalin. Yang penting memang sakit.

Sebelum sakit yang betul-betul menyerang, mari membuat persediaan ke hospital. Barang-barang untuk ke hospital sudah lama saya sediakan. Kena bersedia lebih awal sebab kelahiran ni sama macam kematian. Tak boleh jangka betul-betul bila tarikh dan masanya.

Saya listkan di sini sebagai panduan. Mana tahu ada yang tertinggal, boleh inform saya ok.

Keperluan Baby (Bilik Bersalin)
Lampin
Baju dan seluar panjang
Barut
Sarung tangan dan kaki
Bedung/Selimut
Tuala
Toiletries (baby oil, minyak telon, bedak, mandian baby dll)

Nota: Barang-barang ni letak dalam satu beg dan diberi kepada nurse sebelum masuk dalam bilik bersalin. Untuk baby pakai selepas dilahirkan. 

Keperluan Baby (Wad)
Lampin (bawa satu pek senang, takut tak cukup)
Baju dan seluar (3 pasang)
Barut (3 helai)
Sarung tangan dan kaki (3 pasang)
Bedung/Selimut - pakai yang disediakan untuk bilik bersalin
Sapu tangan
Baby Wipes
Topi (dipakai semasa balik ke rumah)
Toiletries - pakai yang disediakan untuk bilik bersalin

Keperluan Ibu (Wad)
Baju (2 helai) - pakai semasa pulang, di wad biasanya pakai baju hospital
Skirt/Kain batik (2 helai) - pakai semasa pulang, di wad biasanya pakai baju hospital
Disposable panties
Pad
Nursing Bra
Nursing Pad (kalau perlu)
Stokin (2 pasang)
Selipar
Tuala mandi
Sweater
Tudung (jenis sarung saja, senang)
Toiletries (sikat, pencuci muka, sabun, berus gigi, ubat gigi dll)

Bakul 
Air masak
Termos
Sudu
Cawan
Tisu
Roti
Plastik baju kotor
Plastik untuk isi uri

Dokumen
Buku merah
Kad pengenalan
Kad nikah
GL

Itu saja yang saya ingat. Kalau ada tambahan, inform saya tau. Takut ada yang tertinggal. Terima kasih. 

4 comments:

ummie_mirahaziq said...

hu..hu..bagus2..dh siap persediaannyerr

Aishah Megahasz said...

Bila dah siap semua ni lagilah berdebar2

Mama Zharfan said...

good info :) boleh me guna nanti

Aishah Megahasz said...

Tahniah Suzie!