Monday, February 10, 2014

Mengidam Pepero

Pepero yang sedap! Paling saya suka Pepero Almond. Mulanya adik ipar saya beli di Langkawi dan lepas cuba terus jatuh hati. Masa saya ke Langkawi dulu belum lagi kenal dengan Pepero ni.

Sebenarnya bukan saya yang mengidam nak makan Pepero. Huzein yang mengidam. Macam merajuk pun ada sebab anak-anak habiskan Pepero yang ada. Jadi sebagai isteri yang prihatin (chewah kau!) saya mencari-cari juga Pepero di pasaraya tapi tak jumpa. Ada juga bertanyakan dengan kawan tapi tak ada juga. 

Last sekali teringat kawan yang sama belajar di UiTM, Umi. Dia tinggal di Langkawi! Apa lagi terus hantar message dekat facebook minta tolong dia belikan 2 kotak besar. Alhamdulillah, akhirnya sampai juga Pepero ini di tangan saya. Terima kasih Umi!



Sampai saja terus letak dalam beg, takut terlupa bawa balik. Pepero ni sampai hari Jumaat lepas. Kalau tinggal di office hari Sabtu dan Ahad, rasanya mungkin Kak Ti atau Abang Kus atau Encik Mut yang makan dulu.

Daripada belanja mereka-mereka baik saya bawa balik. Untuk Encik Huzein, selamat menjamu selera!

2 comments:

Ara Hanafy said...

assalam . kalau kirim dkt kawan tu , berapa ringgit ye ? ;)

Aishah Megahasz said...

Ara: Tak sampai RM20, RM17.90 kot...isk lupa