Friday, February 7, 2014

Saya Seorang Ibu

Boring-boring, saja saya belek blog dan tengok entry lama-lama. Bila tengok gambar anak-anak rasa cepat saja masa berlalu. Anak-anak pun cepat membesar. Macam-macam karenah pun ada. Itu baru 3 orang, bila dah 4 orang nanti lain pula ceritanya.

Gambar ini antara gambar yang saya suka. Lepak-lepak bersama dengan anak-anak sambil tengok permandangan. Ini gambar kami di Swiss Garden Resort & Spa Damai Laut.


Ini pun gambar di Swiss Garden Resort & Spa Damai Laut. Layan Hadif lumba lari di tepi pantai.


Layan Haziq main lompat-lompat dalam air. Tak boleh tahan tengok gaya sendiri. Haziq sampai tertutup mulut tengok ibunya yang over.


Terpaksa terjun kolam mandi bersama dengan Hana Alesya sebab masa ni dia masih kecil. Takut nak lepas dia ke dalam kolam sendiri. Bahaya.


Layan Haziq main karom. Bukan pandai sangat tapi memandangkan Haziq pun tak pandai juga bolehlah saya layan dia main.


Orang sibuk nak bergambar, Hadif sibuk nak bercakap. Apa cerita tu Hadif?


Hadif tak larat nak jalan, terpaksa saya dukung dia di belakang. Seronok pula dia.


Gambar ala rockers bersama Hadif. Hana Alesya terkedu tengok ibu.


Gambar candid di Muzium Perak. Anak-anak sangat bising sampai saya kena suruh mereka diam.


Ini gamba paling epik. Hadif mengamuk minta saya belikan keropok tapi saya tak layan.


Gambar pujuk Haziq yang baru kena bebel dengan abahnya.


Jadi tempat bersandar untuk Hadif. Masa ni pun mood dia kurang baik.


Entah apa yang saya sembangkan dengan Hadif sampai begitu rupa saya. 


Bila belek balik gambar-gambar ni nak tergelak pun ada tengok gaya sendiri melayan karenah anak-anak. Itulah saya, seorang ibu!

2 comments:

AyuArjuna BiGoshh said...

so sweet..

being a mom is priceless

Mama Zharfan said...

sweet moments..time flies..tgk2 anak2 kita dh besar and kita pun dh tua :(