Friday, May 30, 2014

Mengendong Hafiy Jazmi

Sebenarnya saya sangat teruja bila dapat baby baru, sebab saya boleh start semula babywearing atau mengendong. Yeay! Dah lama rasanya ring sling dan mei tai saya tersimpan rapi.

Ini kali pertama saya mengendong Hafiy Jazmi di luar. Masa ni kami sekeluarga keluar membeli baju raya untuk anak-anak. Hafiy Jazmi tidur nyenyak dan hanya bangun untuk menyusu. Selebihnya dia hanya tidur. Biasalah baby, tidur saja kerjanya. 


Ini masa kami sekeluarga ke Lost World of Tambun. Kebanyakkan masa dia di sini pun banyak dihabiskan dengan tidur.


Tidur sampai ternganga mulut. Nyenyak betul.


Dalam mengendong anak pun sibuk lagi nak berposing. Siap cekak pinggang lagi konon-konon nak tunjuk 'hands free'.


Mudahkan? Anak selesa, ibu pun ceria.


Ops! Muka tak berapa ceria sebab Haziq sudah ambil gambar sebelum sempat saya senyum.

Tak sabar tunggu Hafiy besar sikit sebab saya nak gunakan mei tai pula. Saya sudah cuba-cuba tapi dia tenggelam di dalam mei tai. Minum susu banyak-banyak ya Hafiy, biar cepat besar :D

2 comments:

uncle gedek said...

Uih!

seriau pulak tengok gendong lepas tangan macam tu...! Tak terlepas eh...?

Aishah Megahasz said...

Uncle: Insyallah tak, kena belajar la cara pakai betul-betul :D