Tuesday, June 3, 2014

Cukur Rambut Hafiy Jazmi

Ini kisah ketika saya masih dalam berpantang. Saja nak berkongsi gambar sebagai kenangan.

Hafiy Jazmi cukur rambut agak lewat. Rasanya umur dia dah masuk 3 minggu lebih. Makcik yang biasa kami minta cukur rambut anak-anak pergi umrah dan baru saja balik. 

Ini gambar sebelum cukur rambut. Duduk terpeleot dalam dakapan ibu. 


Wajah sebelum rambut dicukur.


Makcik yang cukur kepala Hafiy adalah orang yang sama mencukur kepala Haziq, Hadif dan Hana Alesya. Dia jugalah yang mengurut saya tiap kali bersalin.

Bermulalah proses mencukur rambut. Hafiy dibedung dengan kain batik lama. Makcik ni relaks saja cukur rambut. Mungkin sebab dah biasa.






Hafiy pun baik, duduk diam saja. Sampai menguap Hafiy tunggu proses cukur rambut selesai.



Selesai cukur rambut, makcik potong semua kuku Hafiy yang sudah semakin panjang. Potong pakai pisau kecil saja pula tu. Saya tengok seriau, tapi makcik masih relaks saja.



Hadif sambil gambar video guna telefon abahnya.


Selesai semuanya, Hafiy dimandikan di dalam besen.



Lepas mandi saya pula yang bertugas untuk menyiapkan Hafiy. Comel saja Hafiy bila botak.


Sempat pula menjeling bila gambarnya diambil.


Amacam, hensem tak bila Hafiy botak?

Rambut Hafiy kami bawa ke kedai emas. Kami minta timbang dan berat rambut dianggarkan dengan kadar emas semasa. Adalah dekat RM150. Jumlah itu akan disedekahkan.

No comments: