Wednesday, June 18, 2014

Menyusukan Hafiy Jazmi

Perjalanan saya untuk memberi susu ibu kepada Hafiy Jazmi tidaklah mudah sebagaimana abang-abang dan juga kakaknya. 

Hafiy Jazmi dilahirkan secara pembedahan. Anak-anak saya yang lain dilahirkan secara normal. Saya masih dalam keadaan 'blur' bila diberitahu oleh doktor yang saya perlu dibedah kerana kedudukan baby yang melintang. Tiba-tiba saja saya sudah berada di dalam dewan bedah. Memang saya tidak bersedia dari segi mental dan fizikal untuk dibedah. 

Selepas dilahirkan, Hafiy ditempatkan di dalam inkubator kerana mengalami masalah pernafasan dan perlu memakai oksigen. Jadi saya terpaksa memerah susu dan menghantar kepadanya di NICU. Selepas saya keluar hospital, Hafiy masih lagi di NICU. Saya berulang setiap hari ke hospital untuk menghantar bekalan susu buat Hafiy. 

Di bawah saya kongsikan gambar Hafiy selepas keluar dari hospital. Masa ini dia baru berusia 9 hari. Saya agak berat hati bawa dia pulang ke rumah dengan tiub di mulut. Risau takut tidak dapat menjaganya dengan baik.




Memandangkan Hafiy minum susu melalui tiub, saya perlu perah susu sentiasa untuk diberi kepadanya. Alhamdulillah, susu memang banyak dan saya tidak memerlukan susu tepung. Susu akan diberi setiap 3 jam sekali. Waktu siang tiada masalah tetapi waktu malam saya terpaksa setkan alarm di telefon. Takut tak terjaga, karang berlapar pula dia di tengah malam.

Saya cuba beri susu kepada Hafiy melalui sringe tapi jumlah yang dia minum sangat sedikit. Itupun termengah-mengah. Saya cuba juga menyusu secara terus tapi dengan gangguan tiub di mulut Hafiy, penyusuan menjadi begitu susah. Ada ketikanya saya rasa sangat 'letih' dan putus asa. Saya memang tak mahu keadaan ini berterusan. Saya mahu menyusukan Hafiy Jazmi!

Itu belum dugaan bagi memastikan abang-abang dan kakak Hafiy tidak memegang atau menarik tiub di mulut Hafiy. Memang stress betul.

Walaupun sudah keluar hospital Hafiy masih lagi perlu berulang ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan. Bila di hospital, ada saja yang bertanya apa di mulut Hafiy? Kenapa dia pakai tiub? Kadang-kadang macam malas nak layan. Letih menjawab benda yang sama.

Gambar di Hospital Kulim. Sempat bermain-main dengan abahnya semasa menunggu giliran.


Kejadian tidak disangka berlaku apabila tiub terkeluar dengan sendirinya selepas emak saya memandikan Hafiy. Terus saya telefon Huzein. Huzein tanya sama ada nak pergi ke hospital untuk pasang balik tiub atau tidak. Saya dengan tekadnya menjawab tak perlu. Saya akan menyusukan Hafiy Jazmi dan kalau tidak boleh saya akan beri susu dengan sringe.

Kebetulan, keesokan harinya Hafiy ada temujanji dengan doktor. Saya memberitahu doktor yang tiub Hafiy terkeluar dan kalau boleh saya tak mahu Hafiy pakai tiub lagi. Doktor minta saya susukan Hafiy di depannya untuk memastikan Hafiy pandai menyusu (Nasib baik doktor perempuan). Hafiy anak yang sangat baik. Bila saya cuba menyusukan dia, terus dia beri kerjasama dan doktor pun berpuashati. Agaknya tiub tu memang menggangu Hafiy untuk menghisap susu. 

Mulanya berat badan Hafiy naik begitu sedikit. Ini kerana dia baru pandai menyusu dan tidak menyusu banyak. Asyik kena tegur saja dengan nurse pasal berat badan Hafiy. Last-last saya buat kering saja. Sekarang berat badan dia sudah mulai naik banyak. Hafiy pun pandai dia tidak 'confuse' antara menyusu terus dan puting susu botol. Lega betul hati saya. 

Stok susu memang sudah sedia saya buat dari sejak Hafiy lahir lagi. Bila sudah masuk kerja saya perlu lagi rajin pam susu untuk keperluan Hafiy, maklumlah dia sudah minum banyak. Walaupun stok susu tidak banyak tapi buat masa sekarang masih lagi mencukupi. Cuma takut bulan puasa nanti susu merundum. 


Gigih kau, bangun jam 5.30pagi untuk pam susu!


Budak comel yang susah memasuki usia 4 bulan.. Dah tak pakai tiub barulah nampak ceria sikit.


Harapnya perjalanan saya menyusukan Hafiy Jazmi akan lebih mudah selepas ini. Kalau boleh sehingga umurnya mencecah 2 tahun. Doakan saya dan Hafiy Jazmi.

4 comments:

Wak Gelas said...

wak tenok pon sian gak., mugo2 dipermudahkan., aminn ya robbal alaminnn

uncle gedek said...

Gambar akhir tu... macam selfie je....

Insya Allah semua okey

Zuraida Rahim said...

Moga dipermudahkan dalam tempoh penyusuan..

Aishah Megahasz said...

Terima kasih atas doa semua.