Thursday, June 12, 2014

Hafiy Jazmi Tengok Movie?

Gigih-gigih nak share gambar walaupun hitam kelam. Gambar pertama kali Hafiy Jazmi menonton wayang. Iyalah tu! Padahal dia banyak tidur sahaja di dalam panggung. 

Haziq dan Hadif beria ajak tengok cerita Spiderman. Jadi untuk tidak menghampakan kami sekeluarga pergi menonton Spiderman. Mula-mula takut juga nak bawa Hafiy, takut dia meragam. Tapi baik betul Hafiy, lepas minum susu, terus tidur. Pertengahan cerita, dia bangun. Lepas menyusu, tidur lagi sekali. Lega saya dibuatnya. 

Lepas cerita habis baru dia bangun. Terus ambil gambar. 




Masamnya muka! Muka baru bangun tidur. Nasib baik kamu comel.

2 comments:

Nad MamaZN said...

masa ni la senang pun nak bawak baby tgk movie
keje dia tidoooo je kan? :)
lama2 dia dah biasa dah dgn suasana tgk movie yg gelap n bising
lain la kalau bwk masa umo 7-8bulan ke atas
masa ni dorg dh pandai dah, tu yg kengkadang nanges la sampai ganggu org lain...
lg 1, saya slalu amik seat dekat dgn pintu. senang kot klu baby merengek ke menanges ke
takmo la ganggu org lain
tak pasal2 kang kena kutuk plak
hee ~

Aishah Megahasz said...

:D ini first time bawa baby masuk panggung. Anak-anak yang lain tunggu 2 tahun lebih baru bawa.