Wednesday, July 23, 2014

Baju Raya 2014

Wah, mentang-mentanglah sudah masuk minggu akhir puasa. Sibuk nak cerita pasal baju raya pulak.

Terbaca artikel di dalam suratkhabar The Star di bawah.



Kebetulan baju raya kami tahu ini memang warna hijau. Baju anak-anak saya, saya beli sebelum bulan puasa lagi. Beli awal-awal sebab tak payah bersesak dan berebut dengan orang lain. Lagipun beli awal senang nak dapatkan warna yang sedondon dan saiz semua yang saya nak, masih ada.

Baju kasual saya beli lagi awal. Lepas habis pantang bersalinkan Hafiy terus pergi beli. Itupun beli tak banyak sebab kebanyakkan baju yang beli di Australia ada yang belum pakai.


Baju saya dan Hana Alesya haruslah sedondon. Beli kain dan hantar ke tukang jahit. Baju pun biasa-biasa saja, tanpa manik merelip-merelap.


Selesai satu bab. Itu belum masuk bab duit raya, kuih raya, pek baju untuk balik kampung beraya dan macam-macam lagilah. Biasalah jadi ibu, semua perkara kena fikir. Patutlah saya rasa uban di kepala makin banyak.

7 comments:

fazianbatrisyia said...

selamat hari raya

Mama Zharfan said...

nice kaler ;)

Wak Gelas said...

kaler emerald green yg menawan tu makk.,ahHKs

Kausar Amin said...

cantik the color...selamat hari raya. saya tahun ni emerald blue hahaha

uncle gedek said...

siap ada model pegang baju..!

hehe

CikLily Putih said...

cantik warna emerald ni

.::: Princess MOMOY :::. said...

cantik corak paisley nih
selamat hari raya sis