Wednesday, July 9, 2014

Sukan Khalifah Intelek 2014

Sukan berlansung sebelum bermulanya bulan puasa. Tak sempat nak cerita awal-awal. Bulan puasa kali ini sedikit sibuk dan letih.

Acara seperti biasa dimulakan dengan perarakan oleh semua pasukan yang mengambil bahagian. Tahun ini Hadif berada di dalam pasukan oren dan Hana Alesya pasukan merah. 



Selesai acara perarakan, saya terus duduk ditempat duduk penonton. Cuaca panas terik walaupun masih awal pagi.


Anak-anak 3 tahun sudah bersedia untuk acara pertama dimulakan iaitu acara kutip bola.



Hadif lepak di khemah pasukan oren bersama dengan kawan-kawan.


Hana Alesya bersedia untuk acaranya bermula. Sempat lagi buat 'peace' ke arah kamera.




Ibu gigih bawa Hafiy tengok Hana bersukan di tengah panas. Hafiy mengantuk, tak nak duduk diam. Asyik merengek saja.



Habis acara terus kembali ke khemah.


Hafiy asyik merengek, sudahnya saya naik balik ke tempat duduk penonton. Letak Hafiy di dalam ring sling. Terus dia tidur.


Khemah pasukan merah.


Hana lepak dengan kawan sambil bergosip.



Hafiy bangun. Saya sibuk bergosip dengan kawan-kawan sekerja yang juga menghantar anak ke tadika yang sama.


Ini khemah pasukan oren, pasukan Hadif.


Hana dan kawan-kawan main belon Frozen. Mahal harganya, satu RM5.00. Jangan harap saya nak beli. Sebab kalau beli satu dekat Hana, harus beli juga untuk Hadif dan Haziq. Baik makan nasi ayam.




Bila tiada acara yang melibatkan Hadif, dia datang ke tempat saya dan Hafiy. Sempat lagi kami bergambar dari jauh.



Lepas tu turun semula ke khemah untuk bersiap sedia untuk acara seterusnya.



Nampak begitu bersungguh-sungguh Hadif ni.











Sorakan kemenangan!


Acara yang melibatkan Hana pula.









Next, Hadif.




Gambar ni memang cute! Hadif sibuk berbincang taktik untuk menang dengan kawannya. Aiman sempat lagi buat aksi 'best' ke kamera.



Acara bermula. Hadif memang bersungguh-sungguh. Siap buat aksi bergolek lagi.



Cikgu Atikah sampai tergelak tengok dia.




Lepas berlari terus lepak dengan Cikgu Fatin.


Best! Teror tak saya lari?


Hafiy yang boring.


Hadif mewakili kawan-kawan mengambil hadiah.


Seronoknya dia!


Sebelum balik, ambil gambar dulu bersama dengan hadiah masing-masing. Masing-masing punyalah seronok. Siap buat macam-macam aksi lagi.





Macam-macam gelagat anak-anak saya. Kadang-kadang nak marah pun tak jadi.








Ok, sudah-sudahlah tu. Kejap lagi abah mesti bising sebab masa ni saya yang ambil gambar. Huzein di dalam kereta menunggu kami semua bersama Hafiy. 

Tahun depan, Hadif sudah naik darjah 1. Tinggal Hana Alesya sajalah yang masih dia tadika. Ada lagilah kesempatan untuk kami datang tengok sukan.

3 comments:

Wak Gelas said...

wahh meriahnyer uools., banyaknyer pingatts., ehheeE

uncle gedek said...

gambar pelok2 superman tu best!

Jerebu hari tu ek?

Aishah Megahasz said...

Wak: Dapat 1 pun dah seronok, inikan pula dapat 2-3 pingat.

Uncle: Ya, jerubu. Cuaca tak elok plus panas.