Friday, August 22, 2014

Anugerah Kecemerlangan; Tahniah Haziq Fahmi!

Hari Sabtu lepas berlansung Majlis Anugerah Kecemerlangan di sekolah Haziq Fahmi. Haziq antara yang terima hadiah, jadi di pagi Sabtu yang indah terpaksalah bangun awal, siapkan sarapan dan mandi untuk ke sekolah Haziq. Semua dikenakan kerahan bangun awal. 

Haziq lagi awal, jam 7.30pagi sudah ke sekolah. Kami sekeluarga pergi lambat sedikit. Sebab cikgu nak susun semua murid mengikut turutan supaya masa terima hadiah nanti tak kelam-kabut. Majlis akan disempurnakan oleh Y.B. Dato' Seri Reezal Merican bin Naina Merican 


Agak lama jugalah kami menunggu semua VVIP datang. Hafiy sampai boring. Macam mengantuk pun ada. Terpaksalah ibu layan main 'pok amai-amai'.


Majlis dimulakan dengan ucapan dari Guru Besar.


Seterusnya ucapan dari Pengerusi PIBG. Berapi-api tuan pengerusi berucap. Rasa macam dengar ceramah politik pun ada.


Last sekali ucapan perasmian dari YB kita.


Hadif happy saja. Entah apa yang seronok pun tak tahulah. Maybe sebab dapat jumpa dengan ramai kawan-kawan dia di sini.


Haziq menunggu di dalam khemah dengan kawan-kawan. Haziq lagilah boring tunggu sebab dari jam 7.30pagi dia berada di sini.



Majlis juga diserikan dengan persembahan dari murid-murid sekolah. Lagu raya pun ada.



Sementara itu semua murid bersedia untuk menerima hadiah.


Hadif jumpa kawan sibuk main dengan kawan.


Hafiy yang lapar susu dan mengantuk.


 Haziq bersedia untuk menerima hadiah. Hadiah tempat pertama di dalam kelas 3 Perdana.





Kali kedua naik pentas. Aik, tengok baju sudah berbutang sampai ke atas. Kali kedua menerima hadiah untuk Top 10 pelajar tahun 3.



Alhamdulillah. Wajah kegembiraan menerima hadiah. Rajin usaha pasti ada hasilnya.


Mengabadikan gambar dengan ibu dan adik-adik. Abah jadi tukang ambil gambar.



Lama-lama Hadif dan Hana Alesya jadi boring. Ambil gambar pun acuh tak acuh sahaja. Hafiy pula mengantuk. Maka jadilah gambar yang kurang sempurna.






Sempat lagi bergambar di depan bangunan sekolah, padahal perut dan berkeroncong lapar.



Haziq menahan terik matahari.


Semoga Haziq terus rajin belajar dan berusaha. Ibu akan sentiasa mendoakan kejayaan Haziq. 

4 comments:

Mama Zharfan said...

congrats haziq

harrizam said...

tahniah... pengerusi PIBG ngan Reezal kawan.... dulu Pengerusi PIBG ngan Reezal anak murid ngan cikgu... tapi sekolah baru tak dapat buat juga

uncle gedek said...

Tahniah Haziq!

untongnya VVIP hadir! Patot pon macam ceramah politik! hhe

Aishah Megahasz said...

Terima kasih semua.