Friday, August 1, 2014

Selamat Hari Raya!

Selamat Hari Raya dari saya sekeluarga. Rasanya semua masih lagi dalam mood raya. Tapi saya sudah mula bekerja kelmarin.

Saya nak berkongsi gambar raya saya sekeluarga yang diambil tahun ini. Ini antara yang ok walaupun tak perfect. Anak sudah 4, jadi mengambil gambar yang sempurna menjadi lebih sukar. Ini pun jenuh paksa suruh duduk diam. Mana nak pegang Hafiy lagi, mulut ni bising-bising suruh Haziq, Hadif dan Hana senyum dan bergambar elok-elok. 

Macam-macam aksi yang ada. Penat ibu tersengeh ayu.




Dikesempatan ini saya nak ucapkan Selamat Hari Raya pada semua yang sudi singgah diblog kecil saya ini. Mohon ampun dan maaf kalau ada terkasar bahasa atau yang mengguris hati.

No comments: