Wednesday, August 20, 2014

Hadiah Saguhati Pun Boleh

Ini keputusan tak terjangka namanya. Tiba-tiba ada kawan tag di FB beritahu saya menang Peraduan Redbull. Sungguh tak jangka. dapat hadiah saguhati pun saya sudah seronok. Sebabnya saya cuma hantar 1 penyertaan sahaja dan tidak berharap pun untuk menang. Mula-mula bersemangatlah juga nak hantar banyak. Tapi bila rasa air Redbull yang sangat manis, terus tak jadi beli lagi. Siapa nak minum banyak-banyak? Nanti gemuk!


Dapatlah saya hadiah pengecas power bank. Terima kasih Redbull.

No comments: