Thursday, August 28, 2014

Hari Taska Peringkat Negeri Pulau Pinang

Tadika Hadif dan Hana Alesya telah memanjangkan jemputan untuk kami sekeluarga ke Sambutan Hari Taska Peringkat Negeri Pulau Pinang. Sekali dengan sambutan Hari Raya. Mulanya malas nak pergi, tapi Hadif terlibat dengan persembahan. Jadi, sebagai tanda sokongan kena pergi jugalah. 

Awal pagi Huzein, Hadif dan Haziq pergi dulu. Saya pergi kemudian bersama mertua dan adik ipar. 



Hadif dan kawan sebelum persembahan.


Ramai jugalah yang datang. Makanan yang dihidangkan pun banyak.



Persembahan pertama adalah nyanyian nasyid.


Persembahan kedua dari Hadif dan kawan-kawan di Tadika. Bukan main lagi pakai sedondon.







Persembahan terakhir dari anak-anak kecil ini, tarian lagu Oppa Gangnam. Ada yang duduk tegak tak menari lansung.


Saya dan Diana. Hana Alesya berkawan dengan anak Diana, Raudhah di tadika.


Cikgu-cikgu minta Huzein ambil gambar mereka beramai-ramai.



Yati dan Umar. Sikit hari lagi dah nak terbang pulang ke Australia.


Saya dan Hana Alesya. Hana ni gaya bukan main tapi tak pandang kamera.


Hafiy didukung oleh Opahnya. Sekarang ni Hafiy suka benar hisap jari.


Tengahari buta, Hana sibuk nak pakai juga jaket Frozen. Budak-budak sekarang obses sangat dengan kartun Frozen.


Suka saya dengan 2 gambar ni. Seronok tengok Hafiy ketawa riang.



Semua orang happy dapat makan sedap dan lepak bersama. 


Last gambar Hafiy dan Opah.


Selesai makan, mereka semua pulang ke Ipoh. Saya, Huzein dan anak-anak ke rumah mak saya di Permatang Pauh. Hujung minggu yang penat tapi seronok dapat luangkan masa dengan keluarga. 

No comments: