Friday, August 15, 2014

Iftar: Puncak Mutiara Cafe

Raya dah habis tapi sibuk nak cerita pasal iftar kami di Puncak Mutiara Cafe. Entry tertangguh. Biasanya saya dan keluarga memang jarang berbuka di luar. Malas sebenarnya sebab kena berkejar-kejar nak solat Maghrib.

Haziq dapat keputusan exam yang baik jadi Huzein ajak kami semua berbuka di luar. Haziq pilih berbuka di Puncak Mutiara Cafe. Itupun kami semua ke Masjid Kamput Pelet. Berbuka dengan minum air di dalam kereta. Lepas solat Maghrib di masjid baru kami ke Puncak Mutiara Cafe. Barulah dapat makan dengan tenang dan aman.

Haziq memang seronok makan di sini. Kami yang lain-lain tumpang seronok sebab Huzein belanja Haziq, kami semua tumpang sekaki. 


Saya menyusu Hafiy. Pakai blouse Haley dari Poplook memang mudah!


Hana Alesya yang super gembira. Oi, nampak kaki saya yang sedang bersenang-lenang menyusu anak!


Lepas Hafiy kenyang, saya beri dia pada Huzein. Giliran saya pula untuk makan. Macam tulah bila ada baby kecil.


Budak ini sungguh baik. Bawalah ke mana saja, tak pernah sedikit pun dia meragam. Asal cukup makan, diamlah dia. Kalau mengantuk, tidurlah dia.


Alhamdulillah, syukur dengan rezeki yang saya ada.

No comments: