Friday, August 1, 2014

Kisah Raya 2014 Saya

Hari Raya pertama tahun ini saya dan keluarga beraya di Ipoh bersama keluarga mertua. Bila sudah makin berumur rasanya Hari Raya cuma meriah sebab dapat berjumpa dengan saudara-mara dan berkumpul ramai-ramai. Yang seronok beraya adalah anak-anak. Dapat jumpa geng main bunga api dan dapat duit raya!

Dipersembahkan, baju raya kami tahun ini. Cantik tak? Paling cantik bagi saya dari tahun-tahun sebelumnya. 


Saya dan anak-anak-anak. Lagi seorang anak tak mahu bergambar, sibuk dengan hal sendiri.


Inilah gambar raya paling perfect dapat kami ambil. Dah ramai-ramai bila bergambar mesti ada yang kurang sana-sini.


Adik Huzein, Maidy dan keluarga. Uwais menangis merajuk.


Anak-anak saya. Semua berebut nak ambil gambar sambil pangku Hafiy. Bertuah Hafiy disayangi semua. Harapnya semua dapat jaga Hafiy baik-baik.



Comel gambar ni. Hana Alesya melawak dengan Atuknya.


Haziq memulakan acara bersalam-salaman.




Habis bergambar dalam rumah, bergambar di luar rumah pula. Nora dan Maidy bergaya ala Datuk dan Datin.


Adik Huzein, Yati dan keluarga. Pulang dari Australia untuk beraya bersama keluarga.


3 mak dara yang ayu. Comels-comels belaka.


Huzein dan anak-anak. Sementara pakai cantik-cantik ni ambillah gambar banyak-banyak. Sikit jam lagi mesti semua comot.





Ok, gambar ni ada gaya Datuk dan Datin!


Habis makan semua lepak-lepak sekejap. Lepas tu kami keluar beraya di rumah jiran dan rumah Mak Nora. Beraya mana yang sempat sebab esoknya kami nak balik beraya di Penang pula.



Petang tu, sibuk sediakan bahan-bahan untuk BBQ. Acara malam itu adalah BBQ dan main bunga api. Bab menolong jangan risau. Ramai yang sudi membantu.



Terliur tak tengok? Secucuk macam ni RM2.00 dijual di Pasar Ramadan. Mahal sungguh! Baik buat sendiri.


Esoknya kami pulang beraya di Penang. Malam tu kami berBBQ lagi sekali di rumah mak. Dekat sini pun ramai yang rajin menolong.




Bila nampak bunga api, tukang tolong terus pergi main bunga api. Tak jadi nak menolong.





Syoknya raya!

1 comment:

uncle gedek said...

Whaaa! tema biru tuuu!

Ehem, gambar yang angkat anak membelakangkan pintu bercahaya tu ohsem, okey!