Wednesday, August 20, 2014

Macam-Macam Hafiy

16 Ogos yang lepas Hafiy Jazmi sudah genap 6 bulan usianya. Alhamdulillah, sudah mula makan. Saya cuma buat bubur nasi kosong dulu sebagai percubaan. Lega bila dia makan tanpa banyak ragam. 

Saya nak berkongsi gambar-gambar Hafiy yang diambil sebelum-sebelum ini. Ini gambar sebelum pergi check-up. Muka mengantuk. Biasa kalau dia bermalas-malasan, dia akan letakkan kepalanya di dada saya. Memang manja Hafiy ni. 


Dia juga suka dengar saya bercakap atau menyanyi. Nyanyi tak sedap pun dia tadah telinga juga. Baik sungguh kamu!


Comelkan? Geram tengok Hafiy ni.


Orang tua-tua kata kalau baby start main air liur maknanya nanti rambut ibu akan banyak gugur. Memang sekarang rambut saya banyak yang gugur.


Lihat bulu mataku, lentikkan? Sampai ramai yang ingat Hafiy ni baby girl.



Ini antara kegemaran dia, buat mulut muncung.


Oh, ini pun comel!


Haziq yang paling rajin melayan Hafiy. Ini pagi-pagi sibuk main kad UNO. Konon-konon main dengan Hafiy.



Hafiy lepas mandi.




Kena gomol pun tak kisah. Masih lagi tersenyum.





Hafiy sekarang sudah mula menyulur dan tegakkan dada.



Kadang-kadang letih menyulur dia panjat saja lantai tu.



Semoga Hafiy membesar dengan sihat.

1 comment:

uncle gedek said...

amboi! bulu mata macam retis..!