Thursday, August 21, 2014

Oh, Poplook!

Lama rasanya tak membeli dari Poplook. Tengok dari sistem, pembelian terakhir adalah pada 13 November 2013. Maklumlah tengah mengandung, jadi selera nak membeli baju cantik-cantik tiada. Selamat sikit duit. 

Tapi masuk saja bulan Ogos 2014, gigih saya membeli di Poplook. Banyak gila tu! Ini entry menjerat diri sendiri. Harus kena bising dengan En. Suami. 


Antara yang dibeli adalah Aida Chiffon Headscarf warna hijau dan biru. Ini pembelian terjebak sebab tengok senang sangat cara memakainya. Boleh tengok DI SINI. Serius mudah sangat nak pakai sebab kain chiffonnya jenis berat.


Ini blouse Avery, paling saya suka sebab lawa sangat. Boleh pakai dengan seluar ataupun skirt. Ataupun beri sedikit sentuhan tradisional jika dipakai dengan kain batik sarung, ala yang orang selalu pakai dengan kebaya kerawang tu. Siap beli 2 warna lagi. Itupun berangan nak beli warna purple pula.




Blouse Francine kegemaran ramai. Memang hot items di Poplook. Baju ni memang selesa. Warna pilihan adalah hijau. Lately sangat suka dengan warna hijau. Cantikkan?


Blouse Shreya terjebak beli sebab tengok Lisa Surihani pakai lawa sangat. Konon-konon nak lawa macam Lisa (tapi badan demok tak  macam Lisa yang lansing) Warna pilihan adalah warna pilihan Huzein.



Dress Livia ni baru beli pagi tadi. Ada butang di depan. Mudah nak menyusu Hafiy nanti. Boleh berangan jadi princess sebab pakai dress. Hana Alesya mesti jeles....muhahahaha!


Ini sajalah pembelian saya untuk bulan ini. Rasanya kena puasa membeli kot sebab dah beli banyak sangat. Nanti runtuh almari dan juga akaun Maybank saya. Sekian. 

2 comments:

AyuArjuna BiGoshh said...

oits banyaknya die soping

Aishah Megahasz said...

Ayu: Ini namanya meroyan selepas habis pantang. Jaga-jaga, silap-silap Ayu pun boleh kena penyakit ni pula.