Monday, August 18, 2014

Peraduan Nestle; Menang Sambil Beramal

Rasa macam sudah lama tidak menang hadiah wang tunai. Berdebar juga tunggu keputusan Peraduan Nestle; Menang Sambil Beramal ini keluar. Gigih saya menghantar penyertaan. Sampai lenguh tangan mengisi borang. Anak-anak dikerahkan menolong masukkan borang dan bukti pembelian ke dalam sampul. 

Akhirnya bila keputusan diumumkan.....


Lega juga bila ternampak nama Huzein di situ. Seperti biasa saya cuma hantar 2 nama. Nama saya tidak muncul,  nama Huzein juga yang bertuah.


Alhamdulillah, walaupun cuma RM1,000 sahaja. Besar ertinya pada saya. Niat dihati nak belanja anak-anak yang menolong sebagai tanda terima kasih.

4 comments:

Mama Zharfan said...

congrats aisyah!!

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

banyak tue 1k!! puas shoping kiki

Annurul BookStorm said...

Berapa byk hntar ni

Aishah Megahasz said...

Suzie: TQ

Ila: Kali ni ingat nak menyimpan la pulak....hehhehehe. Duit habis buat raya dengan rumah baru.

Annurul: 50 entry untuk 1 nama saja. Tak banyak pun.