Wednesday, August 27, 2014

Toy Museum; Indah Khabar Dari Rupa

Mertua saya datang ke rumah weekend yang lepas bersama adik ipar saya, Yati dan Umar. Jadi kami sekeluarga bawa mereka ronda-ronda di Penang. Hajat di hati ke Toy Museum, bagi budak-budak seronok.

Kami menyeberangi lautan dengan menaiki feri. Pertama kali Umar naik feri Pulau Pinang. 



Boleh nampak KOMTAR yang dulu menjadi kebanggaan Pulau Pinang. Sekarang macam sudah dilupakan.


Saya tak ikut sama duduk di tepi feri sebab masa ni Hafiy tidur.


Toy Museum dulu terletak di Tanjung Bungah tetapi sekarang sudah berpindah ke Teluk Bahang. Ini adalah kunjungan kedua saya ke sini. 

Memang payah sungguh nak cari Toy Museum yang baru ini. Tempat baru letaknya sangat terceruk dengan papan tanda yang sangat kecil di tepi jalan.



Bayaran sekarang RM15 untuk dewasa. Dulu RM10 untuk dewasa. Harga sudah naik, biasalah tu.


Bergambar dengan Hafiy di depan Toy Museum. Ibu terlebih happy, Hafiy malas nak layan sebab masih lagi mengantuk.


Memandangkan Toy Museum sudah berpindah ke tempat baru dan harga tiket sudah naik, jadi saya mengharapkan sesuatu yang lebih dan lain dari kedatangan saya yang dulu.

Malangnya, indah khabar dari rupa. Nantilah saya komen. Sekarang mari kita pusing-pusing tengok apa yang ada di dalam Toy Museum.

Susunan di dalam muzium nampak lebih teratur malangnya tempat pameran permainan hanyalah rangka besi dan lapisan luar diperbuat dari plastik. Nampak sungguh murah. Barang pameran yang ada, masih seperti dulu. Rasanya tiada banyak pertambahan. 





Shrek yang comel.


Anak-anak seperti biasa memang teruja tengok pelbagai karakter kartun. Lebih-lebih lagi yang mereka kenal dan minat.



Ok, patung Chucky masih lagi nampak seram seperti dulu.


Hafiy sudah terlelap di dalam Mei Tai.



Ada juga patung babywearing, mengendong anaknya di belakang.



Gambar saya dan Huzein sudah cun tapi kelabu pulak. Gambar banyak diambil oleh Haziq.



Antara perkara yang saya kurang puashati dengan Toy Museum:-

1) Bayaran sudah naik tapi tempat pameran tiada kelas tersendiri. 
2) Tidak wajar dipanggil muzium sebab permainan hanya dipamerkan. Tiada maklumat yang dipaparkan seperti nama karakter kartun/permainan dan tarikh keluaran. Mungkin juga harga asal boleh diletakkan. Kalau ada maklumat barulah seronok sikit lawatan ke sini. 
3) Kalau ada figura/patung yang terjatuh di dalam tempat pameran, tidurlah engkau sampai bila-bila sebab pemilik takkan letak balik elok-elok di tempat asalnya. 
4) Sunyi sepi, muzik tidak di pasang. Dekat-dekat nak balik baru pasang muzik. Itupun dari radio kecil yang diletakkan di atas rak pameran. Sedih betul. 
5) Paling tak puashati sebab tiada patung Upin & Ipin dan juga BoboiBoy. Bila lagi nak perkenalkan kartun Malaysia kepada orang luar? 

Bagi yang belum pernah pergi mungkin seronok melihat-lihat permainan/patung yang dipamerkan di sini. Bagi yang sudah pernah pergi, cukuplah sekali.

No comments: