Thursday, September 25, 2014

Sikit-Sikit Lama-Lama Menang Besar!

Wah, tajuk entry tak boleh menahan. Berangan jugalah nak menang hadiah besar sesekali. Tapi dapat hadiah kecil pun saya seronok.

Ya, mari kita update hadiah.

Hamper Dettol dari Peraduan Dettol.


Kad Touch 'N Go bernilai RM50.00 dari peraduan SMS Dutch Lady.


Buku resepi Chef Norman dan rempah kari Chef Norman dari majalah Harmoni.



Banyak betul rempah kari yang saya dapat. Dapatlah saya share dengan mak sebab mak rajin masak kari.


Hamper Meditree dari majalah. Majalah mana saya sudah lupa.


Hamper Shurah dari majalah Pa&Ma. Malas nak buka pek untuk ambil gambar betul-betul.


Pek hamper macam-macam produk dari majalah Cosmopolitan.


Voucher AEON/Jusco bernilai RM300.00. Peraduan ni best sebab tak memerlukan modal. Hantar online dah dapatlah hadiah ini. Walaupun saguhati sudah cukup seronok. Lepas bajet untuk beli baju sekolah anak-anak tahun depan. Terima kasih Ayu yang sudi ambilkan hadiah ini.


Gambar kredit to Ayu. Cilok, malas nak tangkap gambar dah.

4 comments:

Mama Zharfan said...

congrats :)

Rafidah Muhamad Khotib said...

Tahniah sis. Nak tambah tajuk.... Menang sikit-sikit, kumpul-kumpul jadi byk.he...he..

eyriqazz said...

Tahniah..murah rezeki...

Aishah Megahasz said...

Terima kasih semua.