Friday, October 10, 2014

Berkubang

Selain depan TV, tempat kegemaran untuk anak-anak lepak di rumah adalah di atas katil ibu dan abah. Maka beramai-ramailah berkubang atas katil yang satu itu. Kalau boleh atas katil pun nak makan.


Lepak sambil baca buku pun boleh juga. Ini gambar Hadif sedang baca komik Boboiboy. Baca kuat-kuat supaya Hafiy dapat dengar sama.


Lepas penat meniarap, berbaring pula.


Kalau boleh tidur malam pun nak bersesak dalam bilik ibu dan abah. Macam-macam alasan yang diberi padahal bilik sendiri semua ada. Kadang-kadang biarkan juga, ajak tidur sekali, kesian : )

No comments: