Friday, October 10, 2014

Mandi-Manda Di Penang Golf Resort

Saya daftarkan Haziq dan Hadif untuk kelas renang. Kelas diadakan pada hujung minggu di Penang Golf Resort. Sepanjang kelas berlansung, biasanya Huzein akan tunggu Haziq dan Hadif. 

Kali pertama saya dan Hafiy turut serta. Macam boring saja sambil tengok orang berenang-renang di dalam kolam. Seronoknya mereka.

Saya dan Hafiy yang boring. 


Jadi minggu berikutnya saya, Hafiy dan Hana terjun main air sekali. Bagi Hafiy main air. Bukan main lagi seronok dia. 

Nampak tak sebelah tu kelas berenang tengah berlansung. 


Hafiy suka sangat main air. Lepas ni nak kena beli pelampung khas untuk baby, baru puas sikit dia main. Pelampung yang ada asyik berebut dengan Hana saja.


Budak ni tak payah cakaplah. Kolam orang dewasa pun dia terjun. Nasib baik ada pelampung, kalau tidak harus tenggelam.


Rasa nak mandi kolam tanpa perlu check in hotel bolehlah pergi ke Penang Golf Resort. Siap ada gelungsur lagi.

9 comments:

Syeeda said...

Penang Golf Resort kat Bertam ka kak? Bestnya dpt mandi kolam =)

Aishah Megahasz said...

Syeeda: Ya, dekat Bertam tu. Weekend ramai juga orang yang datang berenang.

maszatulnurulazida mansur said...

eee...bestnyer sploosh! splash!...

Anonymous said...

Kak nak tanya, slalunya hari jumaat ramai tak?

Aishah Megahasz said...

Tak surela hari Jumaat, tapi rasa macam tak ramai orang. Sabtu Ahad saja kot ramai orang sebab hari cuti.

Anonymous said...

nak tanya, kelas renang utk wanita ada tak di situ ?

Aishah Megahasz said...

Minta maaf, saya tak ada info. Sorry baru dapat balas pertanyaan, lupa pasword blog...huhuhuhu

Hardy Arechik said...

pakaian dia mcm mana ? bebas atau mmg kena pakaian renang

Aisha Sha'arin said...

Maaf bertanya, boleh tau berapa fees kelas renang tu ya? Saya tgh cari swimming class sekitar bertam, terjumpa blog ni. Kalau boleh dapatkan number coach bagus juga. Terima kasih.