Monday, November 24, 2014

Hari Raya Haji Itu

Cerita lama, baru sekarang nak update. Saya sangat sibuk dengan kerja di tempat baru sampai tak sempat nak update blog. Jadi, lepas sapu sawang mari kita bercerita tentang perkara lepas-lepas. 

Sambutan Hari Raya Haji kali ini biasa-biasa saja. Yang seronoknya pergi ke masjid tengok orang kampung bekerjasama untuk program korban. Saya bawa anak saudara bersama. Maka jadilah saya mak dengan anak yang ramai. 


Atuk and the geng. Atuk sibuk tolong lapah lembu masa kami sampai di masjid.


Di hadapan masjid ada orang sibuk lapah kepala lembu. Sedikit seram, jadi tak berani nak tengok dekat-dekat sangat.



Di belakang masjid, orang sibuk bahagi-bahagikan daging korban.



Kami sibuk melihat-lihat sahaja.


Budak kecik yang semakin besar.


Hobi Hafiy sekarang adalah hisap jari. Asal ada peluang saja mesti jari masuk dalam mulut.


Boring tengok orang potong lembu, saya ajak makan cendol yang dijual di dalam kawasan masjid juga.


Sementara tunggu cendol siap, muka masing-masing macam boring saja.


Hana makan cendol.


Cuaca panas. Nasib cendol menyelamatkan keadaan. Lepas makan terus pulang. Alhamdulillah.

No comments: