Monday, November 24, 2014

Kenduri

Saya dan keluarga termasuk bapa dan mak mertua menghadiri kenduri di Pusat Pendidikan Al Barakah. Biasa dengar? Inilah pusat pengajian yang dikendalikan oleh Ustaz Kazim Elias. Sebenarnya kenduri ini merupakan kenduri kahwin anak saudara Ustaz Kazim. Jemputan yang hadir sangatlah ramai. 


Dengan kawasan yang luas dan pelbagai kemudahan yang ada di pusat ini, kenduri menjadi sangat meriah dan selesa untuk semua tetamu. Masa kami sampai orang tidak begitu ramai lagi. Majis diserikan dengan alunan marhaban oleh kaum ibu.


Goodie bag pun best, ada kismis sekotak besar di dalamnya.


Ustaz Kazim diserbu oleh para jemputan untuk bergambar.



Tempat makan jemputan yang hadir.


Tempat makan pengantin.


Paling best ada cendol dan aiskrim!


Anak-anak seronok dapat makan aiskrim. Ulang makan 2-3 kali.


Saya pula, ulang makan cendol. Makan sepuashati!


Abah ambil kesempatan untuk bersalaman dan bergambar dengan Ustaz Kazim.


Saya pun nak tumpang sekali jugalah.


Ini budak orang makan nasi, dia makan plastik.


Antara VIP yang hadir adalah Menteri Besar Perak.



Antara kenduri yang best pernah saya hadiri. Sebabnya, kawasan luas jadi tempat duduk untuk tetamu selesa. Ditambah dengan makanan yang sedap dan pelbagai. Oh, teringat-ingat cendol!

No comments: