Monday, November 24, 2014

Pekan Rabu

Perjalanan dari rumah saya ke Pekan Rabu lebih kurang 1 jam setengah. Sedap jugalah dapat tidur sepanjang perjalanan. Letih, maklumlah ada anak kecil. Jadi tidur di dalam kereta sambil memangku anak sudah menjadi perkara biasa.

Kami ke Pekan Rabu sebab Huzein ada kerja sedikit di Alor Setar. Jadi dapatlah singgah sekejap di Pekan Rabu. Bangunannya sudah nampak usang. Kalau dicat cantik-cantik mungkin lebih menarik. 


Sebelum ronda-ronda, kami makan dulu. Ramai juga orang makan di sini. 




Lepas kenyang, kami masuk ke kompleks Pekan Rabu. Wah, rambang mata dibuatnya! Benda yang jarang-jarang jumpa pun ada dijual di sini. 




Bukan kata barang, makanan yang dijual pun pelbagai. Paling banyak adalah makanan tradisional macam dodol, serunding, cakar ayam, pekasam dan macam-macam lagilah.




Sibuk ibu nak bergambar dengan abah. Sayangnya gambar kelabu asap *nanges*


Baju-baju pun banyak. Siap duit sajalah kalau datang ke sini.


Tak banyak yang kami beli di sini. Malas lama-lama di sini sebab cuaca panas yang amat. Tapi, elok saja kami masuk ke dalam kereta  hujan turun dengan lebatnya.



Kalau ke Alor Setar, jangan lupa singgah di sini ya!

2 comments:

CikSiti said...

uiii sopim apa tu anak2? hehe..banyak juga barang yang dijual dalam tu yerr..siap duit je la hehe

Aishah Megahasz said...

Cik Siti: Shopping benda-benda makan saja. Kuah Rojak Mak Bee harus beli :D