Thursday, December 11, 2014

Anak Bersunat Ibu Yang Pitam

Sedikit berdebar saya bila tiba hari anak-anak bersunat. Tapi anak-anak saya tengok relaks saja.

Anak-anak bersunat di klinik tapi buat ramai-ramai. Yang mengikut pun ramai, macam rombongan Cik Kiah.


Semua yang bakal bersunat, 5 orang semuanya naik kereta sekali dengan Atuk.


Bila sampai di klinik, jadi kecoh sebab ramai. Dengan gelagat budak-budak ni lagi. Tapi muka satu-satu tak ada perasaan cuak. Mungkin tak tahu apa yang bakal dihadapi.






Bila doktor sudah bersedia, semua diminta tukar pakai kain pelikat siap-siap.



Semua menunggu tanpa kesabaran. Sebab kena tunggu lama dan tak sabar-sabar tunggu giliran.



Uwais selepas sunat. Lepas ni confirm tak nak bersunat dah.


Hadif selepas Uwais. Masa ni relaks lagi. Lepas kena ubat bius terus drama terjadi. Terus tak nak bersunat. Ibu yang pegang pun rasa macam nak pitam. Luluh hati dengar anak menangis lagi. Dengan doktor yang sedikit kasar. Uish....memang boleh pitam dibuatnya. Sebenarnya Hadif ni menangis bukan sebab sakit, tapi sebab takut.


Haziq muka dah cuak. Mula-mula dia pun nak menangis juga. Tapi bila ditenangkan boleh Huzein barulah dia relaks.


Haziq selepas bersunat.



Bila semuanya selesai, barulah rasa lega. Lepas ni agenda nak bagi budak-budak ni duduk diam supaya boleh cepat baik. 


Cara terbaik adalah lepak depan TV. Makan pun bersuap. Hari kedua sudah boleh berjalan tapi Haziq lagi cepat baik dari Hadif. Hadif aktif sangat, tak reti duduk diam.

Alhamdulillah, semuanya sudah selesai. Nasib baik sekali saja seumur hidup. Ibu ni sudah 4 kali bersalin, siap sekali dipotong perut, ok saja. Relakslah!

4 comments:

Merlyn Hasshim said...

berdebar-debar sebab ada anak laki 2 org kat rumah ni, plannya tahun depan kot

CikSiti said...

hu hu ank laki kami 3...sekarang yg sulung 6 tahun..tak lama lagilah tuu

Hidayah Ak said...

bujang2 da anak ko aishah...next year nak buat kat Jose pulak sebelum masuk darjah 1

Aishah Megahasz said...

Paling baik masa sunat tu jangan bagi anak tengok lansung. Suruh dia tengok muka ibu/abah. Sembang-sembang dengan dia ataupun suruh selawat/baca Al-Fatihah. Kalau tak mesti jadi drama, pening ibu/abah.