Friday, December 12, 2014

Birthday Opah

Saya dan Huzein balik ke Ipoh untuk bawa balik Haziq dan Hadif semula ke Penang. Kebetulan jatuh pada hari Birthday Mak mertua saya.

HAPPY BIRTHDAY MAK!


Jadi sempena meraikan Opah, kami semua keluar makan di luar. Kami ke Restoran Mee Udang Diraja. Dekat sangat dengan rumah, tak sampai 5 minit naik kereta.




Orang memang ramai tapi kami dah tempah meja siap-siap. Tapi dia letak nama Ezuan. Jauh sangat Huzein dan Ezuan. Takpe, janji dapat meja.


Masa untuk order makanan. Makanan semua nampak menyelerakan. Air pun best-best dan nama pun sempoi (cth: Ombak Rindu, Mr. Arrogant).


Tu dia udang besar. Siapa tak tergoda!


Hadif yang mengada nak air Mr. Arrogant. Tapi last-last tukar air lain sebab nak ada aiskrim.


Haziq makan nasi goreng ayam. Nak bagi nasi goreng ada udang takut tempat bersunat gatal-gatal, jadi makan ayam sajalah dulu.


Ini mee ketam Huzein punya. Saya tumpang makan ketam.


Ini mee udang saya. Terliur tak tengok?


Sedap punya pasal, makan sehingga menjilat jari. Mak mertua dekat depan pun buat tak reti.


Ini hidangan udang yang lagi besar. Tapi meja sebelah yang punya. Kami tumpang ambil gambar dan ambil bau saja...hahahahaha.


Alhamdulillah atas nikmat yang diberikan oleh-Nya.

2 comments:

Alongxp said...

tu dia dia punye udang.... memang tergoda... huhuhu

tiga lalat said...

Salam. Hee seronok dan meriah dan sedap makan ketam.